Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.


Sudah lama tak menulis. setelah sekian kalinya, momentum untuk menyampaikan sesuatu tergerak. Alhamdulillah, sudah bermula semester ke 2 bagi tahun 3 ini. bermakna ini adalah semester terakhir sebelum memasukan alam klinikal.

seperti kebiasaan, kuliah setiap hari. sekarang ini tengah mempelajari Endocrine system. system yang berkaitan dengan hormon. tersentak dalam kuliah sebentar tadi, apabila Prof mempamerkan gambar seorang lelaki yang kacak, berubah kepada seorang lelaki yang seperti orang tua. hanya setelah beberapa tahun, akibat daripada masalah berkaitan dengan hormon. MasyaAllah. begitu sekejap, jika Allah menarik nikmat kita.

Itulah sebenar-benar hakikat kita. Manusia yang lemah. Manusia yang tidak punya apa-apa. Manusia yang tidak ada nilai. semua yang kita miliki, adalah milik Allah. dalam sekelip mata, segalanya yang kita miliki, yang kita kuasai, yang kita sayagi, yang kita megahi boleh hilang dalam sekelip mata. Allah!

tapi kita manusia yang biasa ini, sering kali lupa. sering kali alpa. kita rasa kita cantik. kita cuba menambah kecantikan itu dengan pakaian yang menjolok masa, dengan mendedahkan tempat-tempat yang diharamkan, walaupun kita sedar kita insan yang lemah ! walaupun di hadapan mata kita, dalam kehidupan seharian kita, kita didedahkan dengan pelbagai jenis musibah. dan hakikatnya kita sedar bahawa mati itu pasti.

kita masih boleh berlengah-lengah untuk melakukan perubahan. kita masih boleh bergelak ketawa dengan hiburan yang melalaikan, kita masih boleh bongkak dengan nikmat yang Allah berikan, walaupun kita tahu, janji Allah itu hampir.

kenapa?? kenapa??? dan kenapa???

tanyalah kembali pada diri kita sendiri. kenapa aku masih, mendedahkan aurat, sedangkan aku tahu ajalku amat dekat.

kenapa aku masih mampu bergelak ketawa dengan hiburan dunia sedangkan aku tahu bekalanku masih sedikit.

kenapa aku masih mampu melakukan perkara yang haram, sedangkan aku tahu, mati itu pasti.

adakah hati kita sudah tidak takut pada azab Allah??

adakah hati kita sudah tidak yakin??

ataupun adakah hati kita sudah mati??? nauzubillah.


0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts