Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.

Saya pernah ada seekor kucing. (masih ada sehingga sekarang Alhamdulillah).

Kitty adalah emak kepada dua ekor si anak kucing yang comel. Hitam dan Belang. Hitam dan Belang memang membesar bersama. sejak dari kecil. mereka berdua sungguh akrab. mungkin kerana hidup di dalam persekitaran manusia. manusia mana mampu memahami mereka secara mendalam. jadi pada pendapat saya, mereka saling memahami antara satu sama lain.
manja bersama.



tapi, belang kerap sakit-sakit. jika belang tidak bermaya, hanya terlantar sahaja, hitam akan sama-sama menemani belang. sejak mak membelikan ubat untuk belang (ubat cacing) belang semakin sihat.
belang dan hitam boleh bermain bersama-sama. menjenguk ikan di dalam kolam. berlari-lari di celahan pokok kucai yang emak tanam. merosakkan serai tanaman emak. itu adalah kerja biasa mereka.


Suatu hari, Allah telah mengtakdirkan belang pergi meninggalkan hitam. belang di langgar kereta. mungkin kerana hitam dan belang bermain-main di jalan depan rumah.
Adik saya demam 3hari. sedih kehilangan belang. saya di Iskandariah ini turut terasa kehilangan belang. adik tak mahu bercakap telefon !
bayangkan apa perasaan hitam ketika itu? hitam mencari-cari belang. tak tahu bagai mana hendak memberitahu hitam, bahawa adik kesayangannya telah pergi. hitam termenung panjang 2, 3 hari. tidak mahu bermain, makan tidak berselera. satu keluarga takut, hitam akan ikut jejak belang.

Tapi Allah maha kuasa. Kitty melahirkan 4 ekor anak tidak lama selepas pemergian belang. Hitam dapat adik baru ! Tidak pasti apa yang menyebabkan Hitam tiba-tiba lebih nakal dari dahulu. mungkin terasa tanggungjawab sebagai abang :p
hitam telah pandai membawa balik binatang-binatang buruannya ke rumah (burung kecil, tikus).

Sekarang hitam menjadi abang yang amat baik dan Gemok :p


Allah kadang-kadang mengambil sesuatu yang amat kita sayang. Menguji kita dengan sesuatu yang menjadi kelemahan kita. Kita hampir-hampir jatuh tersungkur. Menangis tidak bermaya. Mengadu hanya pada-NYA. Tapi ketahuilah, kesakitan, kesedihan, kelemahan semua itu sebenarnya menguatkan kita. mempersiapkan kita untuk masa depan yang lebih panjang dan tanggungjawab yang lebih besar. Kerana kita perlukan tarbiyah dari Allah untuk terus kuat dalam perjuangan yang jauh.

insyaAllah, Allah tahu yang terbaik buat saya, kamu dan kita semua :D





Assalamualaikum.

Pagi ini lain dari biasa. Langit sudah mula menangis sejak malam tadi. Jadi hari sedikit sejuk berbanding biasa. Saya beberapa kali menahan teksi, untuk segera ke ward training. Masa semakin suntuk. Beberapa buah teksi berlalu tanpa belas. Dalam hati saya berdoa, semoga dipermudahkan. Tak mahu terlambat lagi. Alhamdulillah ada sebuah teksi yang bersetuju untuk membawa kami.

Pakcik ini bersemangat menjawab salam yang kami anak muda berikan. Keadaan ini tidak sedikit pun pelik dengan suasana masyarakat di sini. Salam itu satu perkara yang amat-amat dirai oleh masyarakat setempat. Berkali-kali mulut pakcik ini berkumat-kamit dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim setiap kali dipersimpangan jalan. Hal ini juga tidaklah begitu pelik, hampir 4 tahun di bumi Iskandariah perkara ini adalah biasa.

Apa yang kurang biasanya pagi ini, dan dengan pakcik teksi ini, sifat toleransinya amat tinggi. Selalunya, mudah saja cacian cercaan dan makian yang keluar dari mulut-mulut para pemandu teksi apabila berdepan dengan jalan raya yang sesak. Pakcik teksi hari ini berbeza. Setiap kali beliau ingin marah, meluncur kalimah-kalimah suci dari mulutnya. Hebat pakcik ini. Beliau meninggalkan kami di pintu Kuliyah Tib dengan perkataan, 'take care' (sudah semestinya dalam bahasa arab :p)

Masuk ke pintu Kuliyah Tib, ternampak sekumpulan pekerja sedang berkumpul mendengar sesuatu dari seorang Engineer (pada pendapat saya). Mereka adalah pekerja yang sedang menyiapkan beberapa bangunan di sekitar Hospital Miri. Kelihatan ketua mereka (saya rasa seperti seorang engineer) sedang memarahi beberapa pekerja. Punca tidak dapat dikenal pasti. Yang penting, ketua tersebut sedang memegang tasbih !

Berada di Unit Rheumatology banyak membuatkan saya bersyukur. SLE, Rheumatoid Arthritis semuanya terdiri dari penyakit autoimmune. Pelbagai teori tentang etiologi penyakit-penyakit di unit ini, tetapi semuanya hanya teori. Nikmat kesihatan yang Allah berikan, Allah boleh tarik bila-bila masa dengan pelbagai cara. Salah satunya autoimmune disease.

MasyaAllah. Keadaan sekeliling saya banyak mengajar saya. Hampir 4 tahun di sini. Moga masa yang berbaki, dapat saya manfaatkan.



banner 516×75

Popular Posts