Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.

Hampir minggu kedua berada dalam round pediatrics(kanak-kanak).
Komen saya,

Hari ini adalah hari yang mengesankan. bukan saja Professor hari ini berumur sebaya dengan tok ayah saya (70 ke atas) dan sudah menjadi seorang pediatrician semenjak tahun 1964 (amat-amat berpengalaman), tapi patient hari ini juga menyentuh hati saya !

Seorang ibu masuk, dengan membawa anak kecil dalam dakapannya. sekali tengok (berdasarkan size) saya menganggarkan umur anak kecil tersebut tidak sampai setahun. 5bulan ke bawah. Salah anggaran saya. Anak kecil tersebut telah berumur setahun 3bulan. dan secara normalnya, anak kecil sebaya itu sudah pandai bertatih.
saya cuba membayangkan perasaan seorang ibu, yang mengandung selama 9bulan, dan menanggung keperitan melahirkan anak, kemudian dengan tabahnya menjaga anaknya yang kurang sihat tersebut.

Naluri siapa yang tak terusik? Melihat anak kecil yang lain yang sudah pandai bertatih, bergelak ketawa di usia itu, sedangkan anak kita tak seperti yang lain.
tapi, ibu ini tidak nampak sedikit pun kekecewaan pada wajah beliau. menjaga anaknya dengan begitu baik, dan masih mendapatkan nasihat doktor cara menguruskan anak beliau dengan baik.

dan disini, saya dapat merasakan hebatnya orang Mukmin itu.
bila ditimpa musibah dan ujian beliau mampu bersabar !
menerima ketentuan Allah, dan sedikit pun tidak berputus asa dengan rahmat Allah yang begitu luas.

saya yakin dan percaya, orang yang beriman itu tidak luntur dek ujian dunia kerana beliau yakin, apalah sangat nikmat dunia jika nak dibandingkan dengan nikmat di syurga kelak.

dan saya masih terus memohon kekuatan dari Allah, supaya terus kuat untuk berada dalam bidang ini, dan terjun dengan lebih dalam :)
bukan senang nak mengawal naluri kewanitaan ini :D

0 mEssAge:

Popular Posts