Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Aku masih lagi berwuduk.
Jadi sampainya di masjid, aku terus menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
Kemudian di turuti dengan solat zohor.
Tanpa memakai telekung. Yup, dengan hanya menggunakan pakaian seharian yang dipakai.

Aku tahu pelik benar bagi penduduk Malaysia untuk menerima perkara sebegini. Lainlah kalau di tanah Arab. Usai aku memberi salam, aku dapat merasakan aura renungan dari jauh.

"Adik, boleh ke solat pakai baju camni je?" Soal akak tersebut sambil muka ala-ala nak marah tak marah punya mode.
"Boleh je akak, tutup aurat je pakai camni pun" ujar aku.
"Tapi sah ke?"
"Uuh, sah lah akak."

Syarat sah solat adalah menutup aurat, bukan memakai telekung.
Sahabat-sahabat muslimah yang saya kasihi,
sebelum kita keluar rumah kita akan pastikan yang kita betul-betul menutup aurat kan?
Seluruh tubuh kita kecuali muka dan tapak tangan. Betul kan?
Jadi, kalau benar-benar kita yakin kita dah menutup aurat, anda boleh bersolat dengan pakaian yang anda pakai tersebut.

Tapi sahabat-sahabat..
Jika timbul keraguan, betul ke aku dah tutup aurat betul-betul ni nak bawa ke solat..
Anda kena check balik kriteria penutupan aurat anda setiap hari, sebelum keluar rumah :)
Kalau anda rasa ragu-ragu untuk solat sebab takut tak tutup aurat,
kenapa tak rasa ragu-ragu nak keluar rumah ya? (Setiap orang yang memandang aurat kita, kita dapat dosa tau)
Saya sebut tutup aurat ye, bukan pakai tudung.

Sebab ada sesetengah orang kita yang pakai tudung dah kira tutup aurat.
Bukan ya sahabat-sahabat.
cuba search dekat Mr Google ya, syarat-syarat menutup aurat :)

Dan sebenarnya menutup aurat ketika solat lebih longgar syaratnya jika nak dibandingkan ketika berhadapan dengan yang bukan mahram :)
Nak hurai lebih pun saya bukan orang yang ahli. Tapi pernah dengar ustaz cakap lah.

Boleh baca di sini

Sekian dari saya :)

p/s : cerita di atas hanya bayangan imaginasi saya :D
        Melimpah ruah imaginasi saya sejak akhir-akhir ni untuk dicoretkan.




0 mEssAge:

Popular Posts