Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Berapa kali saya menulis, dan memadam balik tulisan tersebut.
Tutup browser.

Berfikir berkali-kali sebelum menulis. Bermanfaatkah penulisan ini?
Berfikir lagi. Perlukah saya menulis mengenai perkara ini?
Dan terfikir lagi. Perlukah saya menulis?

Menulis merupakan satu terapi terhadap jiwa saya. Sejak kecil, seawal umur 13 tahun saya telah di dedahkan dengan penulisan oleh bapa kesayangan saya. Bermula dengan menulis menggunakan blogspot.
Menulis mengenai persekolahan, mengenai rakan-rakan. Sayangnya telah di delete semasa tamat tingkatan 5. Lupa seketika mengapa saya mengambil keputusan begitu.

Penulisan zaman sekolah ditinjau oleh abah. Abah di antara yang selalu memberi komen, dan maklum balas yang baik.
Adik beradik yang lain turut mempunyai blog. Kami sama-sama berbalas komen, dan sibuk menghiasi blog siapa yang paling cantik.

Sekarang bukan lagi zaman blog dan penulisan. Sekarang zaman facebook dan twitter.
Zaman boleh membaca apa yang berada di dalam hati seseorang hanya melalui facebook.
Saya cuba menjauhi diri daripada membuat status berdasarkan emosi.
Jika ada perkara yang rasanya bermanfaat mungkin saya akan menulis. Itupun selepas berfikir panjang.
Rakan-rakan di facebook juga cuba ditapis sehabis mungkin. Abah selalu berpesan, jangan mudah percaya pada orang lain. Itu juga menjadi prinsip saya.

Sejak akhir-akhir ini, saya semakin kurang menulis.
Final year, tekanan belajar, tekanan hidup di bumi Mesir ini lebih mengajar saya untuk mengawal emosi dan tidak di luahkan dalam penulisan.
Lebih mengambil masa untuk bertenang dan lebih rasional.

Beberapa bulan lagi akan menamatkan sekolah perubatan insyaAllah.
Baru lepas peperiksaan OSCE General Surgery, dan sekarang tengah masuk rotation yang ke-empat dalam specialty surgery. Pengkhususan dalam surgery ada 6, sama ada general surgery, cardiothoracic, plastic, pediatrics, vascular, ataupun neurosurgery. Lagi mendalam setiap satunya.
Dan memerlukan lagi banyak masa untuk menelaah pelajaran.

Kadang-kadang timbul satu persoalan di fikiran.
Betulkah decision saya dari awalnya untuk memasuki bidang ini?
Bidang perubatan memerlukan banyak pengorbanan masa, bukan sahaja semasa belajar malah semasa bekerja. Selagi anda bergelar pelajar perubatan ataupun doktor perubatan banyak yang perlu dikorbankan.

Saya dah menjawab persoalan di atas jauh di sudut hati saya.
Semoga saya mampu istiqomah, insyaAllah :)

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts