Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



Catatan seorang pemerhati
Hatiku berbelah bahagi. Sama ada tram ataupun teksi. Matahari sudah mula menunjukkan tanda-tandanya akan hilang meninggalkan sinar merah. Ku harus cepat membuat pilihan. Tram yang tidak pasti entah bila akan tiba. Mungkin hari sudah mulai gelap baru engkau akan terlihat cahayanya di stesyen Camp Caesar, dan sudah pasti kau akan menunggu di stesyen yang gelap keseorangan di tengah orang arab Mesir. Ataupun teksi yang harganya mula naik menggila ekoran kenaikkan harga minyak. Belum di tambah lagi dengan 1001 karenah pakcik teksi yang menakutkan.
Aku cuba menahan teksi sambil hatiku tidak putus-putus berdoa. Moga yang terbaik. Satu-satu tidak mahu berhenti. Mungkin pakcik teksi ini bukan yang terbaik pujuk hatiku. Dan tiba-tiba sebuah teksi berhenti di hadapanku. "Syari' Sezotrize, lau samah".
Pakcik teksi tersebut mengangguk perlahan.
Aku cepat-cepat menaiki pintu, sebelum kenderaan belakang menekan-nekan hon mereka. Biasa bagi masyarakat di sini.
Duduk di belakang pemandu, supaya jika pemandu berniat jahat, dia akan lambat mencapaimu. Teringat pada pesan temanku. Segera aku beralih tempat dudukku. Di sampingku sudah pasti botol pepper spray yang sudah bersedia menemui mangsanya. Selepas bertahun lama di bumi ini, aku sudah tidak seberani dahulu. Musibah tidak mengenal masa dan mangsa. Bersedia seadanya.
Teksi sudah pun melalui kawasan shalalat. Kawasan yang seringkali menjadi tempat perkelahan kami suatu ketika dahulu. Mungkin semasa zaman muda remaja, semasa kami belum betul-betul mengenali Montaza dan Ma'moura. Aku tersenyum sendirian, mengenangkan suatu memori yang terukir di situ. Tak mungkin akan aku lupakan.
Teksi terus meluncur laju, sambil memintas kenderaan lain. Teknik memandu masyarakat di sini boleh menghentikan jantung yang berdenyut. Pertama kali menaiki kenderaan di bumi ini, dalam hati hanya mengucap panjang. Bersedia untuk apa-apa kemungkinan.
Teksi terus melalu jalan Sultan Hussien. Jalan yang terkenal dengan Masrah Iskandariah. Opera house yang begitu indah. Teringat Seminar PERUBATAN yang pernah dianjurkan di situ dan semestinya persembahan penutup yang masih terngiang-ngiang sehingga hari ini (wow hiperbola detected tongue emoticon ). Sama ada Opera House yang menyebabkan persembahan tersebut mantap, ataupun mereka memang mantap.
Ahh, KFC. KFC yang terletak hanya beberapa langkah dari asrama MARA. Tempat yang selalu menjadi pilihan bila asrama blackout. Bajet nak study, tapi bila dah jumpa ayam goreng boleh lah nak belajar anatomy of a chicken. Haha.
Teksi tersebut membelok masuk ke jalan Sezostrice. Jalan yang terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia di bumi Iskandariah. Mana taknya, aku kan popular. Eh, tak. Sebab Pejabat Mara Timur Tengah letaknya di sini. Tempat yang menjadi rujukan semua pelajar bila elaun tak masuk lagi. Ops, bukan hehe. Tempat yang menjadi sumber rujukan, tempat aduan, tempat minta bantuan, segala-galanya. Umpama tempat bertemu ibu dan ayah smile emoticon
Aku menghulurkan not 20 genih. Ini not paling kecil yang berada dalam purse aku. Hati dah mula pasrah jika pakcik tersebut tidak mahu memulangkan baki. Pakcik tersebut menolak wang tersebut, "Balash, balash". (balash lebih kurang macam percuma lah). Aku tekad menghulurkannya, sebab menjadi budaya arab untuk buat malu-malu kucing (macam orang Melayu jugak, takpalah-takpalah tapi nak jugak).
Pakcik tersebut mengambil wang tersebut dan memulangkan aku baki not 10. Aku keluar dari teksi, dan baru aku sedari not 10 itu berlipat dengan dua keping not 5. Bermaksud, pakcik tersebut hanya memberikan aku wang kecil yang sama nilainya dengan 20 genih. Bila aku sedari, pakcik tersebut telah meninggalkan aku.
Aku beristighfar di dalam hati kerana beburuk sangka. Moga Allah memurahkan rezeki pakcik tersebut.
Di saat mataku sudah mula sakit dengan 1001 keburukan bumi ini, Allah menampakkan aku satu kebaikan yang mampu membuatkan aku lupa 1001 kejelekkannya.
P/s: penulis amatur, maaf cikgu bahasa!!

0 mEssAge:

Popular Posts