Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Baru2 ni abahku baru je buat medical check up.. tu pun rasanya dah dipaksa oleh mak berkali2..
he3~ liat jumpa dr... b4 ni mmg dah ada batu karang.. dah dilaser n vacuum dah batu tu... belah kanan.. baru2 ni time wat medical check up ada lagi batu belah kiri lak... dr. just bg ubat pemecah batu dulu.. tengok nanti nak kena laser lagi ke x... semoga abah cepat sembuh...



Lelaki liat jumpa dr. ke ek??? haha... Kaum2 lelaki diluar tepuk dada tanya selera...



betul ke ek?? wallahu'alam...


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
PETIKAN ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Faizah Mohd. Tahir ketika merasmikan Simposium Kesihatan Lelaki-Keprihatinan Dunia di InstitutSosial Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini, menarik perhatian sebahagian besar peserta yang hadir.Ramai yang tersenyum simpul bagai mengakui kebenarannya apabila beliau menyatakan lelaki hanya akan pergi berjumpa doktor sekiranya ditemani pasangan mereka, itupun setelah dipujuk dan dipaksa beberapakali. Walaupun ia satu senario biasa dan dianggap normal oleh kebanyakan lelaki, persepsi tersebut haruslah diubah kerana kesihatan lelaki kini menjadi agenda penting dalam pembangunan sesebuah negara. Atas keprihatinan untuk mengubah situasi itu, Persatuan Endrologidan Kajian mengenai Penuaan Lelaki Malaysia (MSASAM) telah mengadakan kajian tentang kesihatan lelaki di bandar. Kajian membabitkan responden lelaki di sekitar kawasan Subang dan Kelana Jaya, Selangor. Dua kawasan ini telah dipilih bagi mewakili keseluruhan lelaki yang bekerja, mempunyai kedudukan ekonomi yang baik serta menjalani kehidupan sosial yang seimbang.Kajian yang dibiayai sepenuhnya oleh KPWKM ini telah diketuai Datuk Profesor Tan Hui Meng, dari MSASAM serta beberapa doktor dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.Hasil kajian, yang telah menemukan beberapa fakta mengejutkan mengenai kesihatan lelaki, telah dibentangkan pada simposium tersebut oleh Dr. dengan Chirk Jenn, mewakili Malaysian main's Health Initiative. Antaranya, kajian mendapati 77 peratus daripada 1,046 responden yang berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah berat badan atau obesiti.Selain itu, 59.4 peratus responden yang boleh dianggap mewakilil elaki di bandar mengalami kegagalan ereksi, 48 peratus mengalami tekanan darah tinggi, diabetis mellitus (28.5 peratus), masalah jantung(12 peratus) dan masalah prostat (30 peratus).Menurut Chirk Jenn, kesemua responden dipilih secara rawak daripada senarai calon mengundi tahun 2004 membabitkan lelaki Cina 48 peratus,34 peratus Melayu (34 peratus) dan India (15 peratus), pada purata umur56 tahun.Kajian tersebut telah dijalankan menggunakan teknik kaji selidik, penilaian oleh para doktor terlatih dan ujian darah di makmal.“Kami telah memulakan kajian ini sejak 2003 dengan objektif untuk melihat sejauh mana tahap kesihatan lelaki moden di Malaysia.“Kajian ini juga meliputi pandangan lelaki tentang kesihatan mereka dan apa yang mereka lakukan tentangnya,” jelasnya. Beliau menjelaskan lagi, penyakit yang banyak menyerang golonganlelaki di bandar terbahagi kepada dua kategori iaitu melibatkan sistem kardiovaskular seperti, obesiti, diabetis, tekanan darah sertakolesterol tinggi, merokok dan ketagihan arak. “Kategori kedua pula ialah melibatkan kesihatan lazim lelaki seperti kegagalan ereksi, masalah berkaitan prostat serta penurunan kadarhormon testosteron lelaki,” tambah beliau.Temuduga dengan beberapa responden juga turut menemukan fakta menarik yang boleh dikongsi bersama. Antaranya, pendapat seorang warga emas berusia 59 tahun yang menyatakan kebanyakan lelaki muda hanya akan bekerja dan terus bekerja untuk mendapatkan kekayaan dan apabila tua kelak, mereka akan menggunakan kekayaan itu untuk 'membeli kesihatan.“Daripada kenyataan lelaki ini kami merumuskan bahawa keutamaanlelaki berubah mengikut masa. Pada awal pembabitan lelaki dalam karier,kekayaan, keseronokan dan keluarga adalah fokus utama mereka. “Kesihatan mereka hanya akan menjadi isu utama apabila mereka telah berhadapan dengan masalah tersebut," jelasnya.Kajian tersebut turut menemukan beberapa pendapat yang agak melucukan namun perlu diberi perhatian serius. Seorang lelaki mendakwa bahawa dia hanya akan berjumpa doktor sekiranya beliau benar-benar sakit, manakala seorang lelaki lain pula mendakwa hanya akan berjumpa doktor setelah isterinya membebel panjang.“Kesimpulan daripada dua kes di atas ialah pasangan memainkan peranan utama mempengaruhi lelaki untuk mendapatkan pertolongan kepada masalah kesihatan mereka.“Ada juga responden yang mengharapkan wujudnya satu garis panduan pemeriksaan rutin kesihatan lelaki sebagaimana servis yang dilakukan terhadap kenderaan kesayangan mereka,” katanya. Daripada kajian tersebut Chirk Jenn dan pasukannya turut mendapatibahawa lelaki inginkan lebih banyak maklumat tentang kesihatan mereka.Mereka juga mahu agar pihak berkuasa dan pengamal perubatan mempunyai inisiatif dalam melakukan rawatan dan pemeriksaan terhadap pesakit lelaki.“Sikap para doktor yang merawat pesakit lelaki juga perlu diubah danlebih prihatin kerana situasi di mana doktor hanya bertanya tentang apa penyakit mereka sering berlaku di mana-mana pusat kesihatan,” jelas dengan.Untuk tidak membiarkan kajian tersebut berlalu begitu sahaja, KPWKMdan MSASAM telah menerbitkan buku yang mencatatkan secara terperincitentang kajian yang dilakukan oleh MSASAM. Buku bertajuk StayHealthy-Your Choice dan About main's Health juga mengandungi saranan pengamal perubatan mengenai masalah kesihatan lelaki.
dicetak dari utusan online

3 mEssAge:

erm..ayah ku dak pong~ huhu..

ya ka??
mungkin mak ang pujuk x pasan kot??
hehe~
ataupun mungkinkah satu dlm seribu...

0oo~ngata abh..nk kna

ni~abh..tgk ni~inah kta

abh kna pksa..

Popular Posts