Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160




di kala melayari ruang maya demi mengumpulkan maklumat untuk assignment, di kala tidak menjumpai maklumat yang perlu dicari, kesempatan di ambil untuk membersihkan sawang di blog ini.. Ingat 5 sebelum 5.. LAPANG sebelum sibuk.. betul!! sekarang musim assignment dan presentation.. sungguh tak lama lagi exam akan menjelang.. benar exam praktikal telah pun bermula.. perancangan MASA yang betul amat penting.. utamakan yang UTAMA..

Sebuah karya yang lupa dari mana asalnya, untuk dikongsi;


sesekali kita perlu derita

sesekali kita perlu kecewa

untuk kita mengenali erti bahagia

untuk kita mengenali erti berjaya




sesekali kita perlu menangis

sesekali kita perlu terhiris

untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri

untuk kita mengenali diri sendiri




ujian yang datang menguji kesabaran

perlu keimanan dan ketakwaan

sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan

jalan ke syurga penuh dengan likuannya

penuh dugaan dan rintangannya

hanya yang cekal dan yang tabah

pastikan menemuinya




masihkah lagi mahu menghitung

sedikit mehnahNya

jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya

seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada

itulah tanda kasih sayang Allah

kerana kita sering terlupa

pohonkan doa kepada Tuhan

agar beroleh keredhaan

moga kita semua terus kuat untuk melalui liku2 kehidupan.. berserahlah pada-NYA atas segala urusan.. mohon pada-NYA segala hajat.. insyaallah segalanya akan terasa lebih mudah.. yang penting TAJDID NIAT.. wallahu'alam....

0 mEssAge:

Popular Posts