Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


assalamualaikum~
maaf, perlu banyak entry yang boleh membina kekuatan untuk diri sendiri..

sakinah,
bila anda rasa anda malas,
anda sebenarnya sedang mendoakan diri anda untuk jadi seorang yang pemalas,
dan secara tidak langsung,
anda benar-benar akan malas..
ketahuilah sebenarnya malas itu hanya akan membinasakan diri anda sendiri..

apa kata tukarkan perasaan malas itu menjadi yang positif..
malas untuk buat dosa,
malas untuk sembahyang lambat,
malas untuk mengumpat,
malas untuk buat benda lagho..
bagus bukan??

dan apabila anda fikirkan anda rajin..
jangan fikirkan rajin untuk berangan,
rajin untuk tidur,
rajin untuk bermalas-malasan..
fikirkan anda rajin untuk baca buku,
rajin untuk belajar,
rajin untuk beribadat..

bila anda rasa anda sakit hati,
cuba tukarkan sakit hati itu pada yang positif,
sakit hati sebab anda tak serajin orang lain,
sakit hati sebab anda seorang yang malas,
sakit hati sebab anda tak rajin beribadah..

anda sebenarnya apa yang anda fikirkan..
dan apa yang anda fikirkan adalah doa untuk diri sendiri..
takkan nak doakan benda yang tak baik untuk diri sendiri??
ayuh ubah pemikiran kita??
jom~



Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan?





lagu yang pernah diberikan oleh abah ketika di tahun satu~

2 mEssAge:

stju sgt2 ngan kata2 cik keynah....

to Eera~
terima kasih, mohon tunjuk ajar..

Popular Posts