Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


assalamualaikum~

hari ni saya ingin bercakap mengenai POLITIK~
haha.. kena besar ek?? ya lah, benda ni benda besar.. dan ramai orang tak nak bercakap tentangnya..

POLITIK itu kotor??

saya memang tak setuju dalam hal ini. tak perlu kot ulang dua tiga kali ayat di atas.
contoh paling senang kita cakap dadah tu kotor. memang la kotor kalau anda guna dengan cara yang kotor. pastu ubat tu tak kotor pulak? siap bagi manfaat lagi pada kita??
kenapa pulak ek??
sebab guna dengan cara yang betul.

so, kenapa anda kat politik tu kotor?? sebab anda nampak orang yang tak sepatutnya memonopoli politik. mudah kan. tak perlu berfikir terlalu rumit.

apa pentingnya POLITIK??

ish2.. tak perlu kot tanya. sapa yang rasa tak penting tak tau la nak cakap apa.
sia-sia pergi BTN. dan sapa yang tak nak ambil tahu lagi la tak tau nak cakap apa.

kenapa sehelai kertas tu boleh jadi begitu berharga?? sebagai kuasa kerajaan yang memerintah la kan?
kalau dulu versi duit daun pisang, sebab kerajaan time tu mengiktiraf duit tu. kalau sekarang boleh ke kalau kita bawa pergi kedai pastu guna? mestilah tak boleh. sebab kerajaan sekarang guna yang RM tuh..

dan dari mana kerajaan itu dipilih?? dari pilihan raya kan?
so, siapa yang memilih? mestilah rakyat..

tapi yang menghairankan, ada yang cakap politik ni tak penting..
memang benda lain pun penting. tarbiyah, ekonomi, undang-undang.. semua penting. tapi kena la seiring. kalau betul la kita rasa yang lain penting, boleh ke nak tinggal politik??
pulun satu bahagian ja?

masalahnya tak boleh.
alasan saya mudah ja. setiap kali pilihanraya, kerajaan pasti ada yang bertukar.
silap hari bulan tukar pada yang tak layak. ataupun yang dikira sebagai kuku besi.
time tu, kita dah tak ada kuasa. kerajaan berhak nak sekat apa-apa sekali pun.
hatta nak meluluskan lesen judi.
keluar apa fatwa pun,
demonstrasi ka,
kita tak leh nak ubah. kuasa pada tangan kerajaan.
kerajaan yang kita pilih (walau ada yang tak nak mengundi, lagi la.. tak menjalankan tanggungjawab)
kalau nak bantah, melalui pilihan raya la.

ini tak masuk soal lain.
kalau dikatakan suatu hari nanti, subjek pendidikan agama Islam nak dimansuhkan.
atas dasar, agama lain tak pun ada subjek diorang.
apa kita boleh buat?? itu hak kerajaan. sekali lagi, kerajaan yang kita pilih.

pada politik tu kita ada kuasa~ itulah kesimpulan saya..
tapi perlu la seimbang. pastikan diri anda betul mendapat tarbiyah yang baik.
sebelum nak jadi mana-mana pemimpin. nak masuk bertanding. supaya hadaf yang kita bawak tak lari. mewujudkan kerajaan ISLAM. kalau anda rasa tak layak, jangan lupa kita ada cara lain. daftarlah sebagai pengundi (cewah, tolong kempen).
jalankan tanggungjawab.(yeah, tahun depan 21)

itu satu cerita~

cerita yang lain.
saya tak setuju UMNO dan PAS bergabung.
kalau atas dasar MELAYU.
dua perjuangan yang berbeza. dua hadaf yang berbeza.
MELAYU menang dan ISLAM menang dua benda yang berbeza.
MELAYU menang sekalipun hukum ALLAH belum pasti boleh dijalankan.
tapi kalau ISLAM menang insyaAllah.

kalau UMNO dan PAS bergabung atas dasar ISLAM.
saya setuju.
satukan hadaf, satukan perjuangan..

itu yang saya nak tekankan sebenarnya.
persoalan di sini, kenapa yang lain2, yang satu hadaf, satu panduan, tak bersatu??

wallahu'alam~

p/s: penulis hanya mengeluarkan pandangan peribadi. sebarang ketidak matangan haruslah di ingatkan penulis hanya berusia 20 tahun. belum layak mengundi~
pembaca bebas mengeluarkan komen dengan bahasa yang sopan..

10 mEssAge:

esok lusa nak exm boleh lg pk pasal politik ek...
huhu...
bosan stdy micro ek...hahahaha

hehe..keynah dh x sabar nak 21 taun yerk(nak matang).. sbb leh g mengundi.. hehe.. taun depan kita daftar yerk.. sabar2.. all da best xm..

to niktaufik :
exam2 jugak.. tapi isu semasa kena tahu.. he3~

to numy_red :
yup, tak sabar nak mendaftar.. hehee.. all da best to you too~

i like this post..
idea umo 20 tahun pun dah mcm 25 kot.
nanti dah 21 hm lg mantop la ek..
mari lah mari kita mengundi.hehe

dasat...
setuju...

kak datul;
thanks.. tapi sy budak baru belajar akak.. masih banyak perlu dibetulkan.. mohon tunjuk ajar..

to ibnu zaidi ;
syukran kerana menerima~

1) Martabat Ilmu lebih tinggi dr politik...!!!

2) paperpon Manhaj wasatiah (sbgaimana kbnykan ulama azhar) adalah penyelamat dlm keadaan umat islam x mampu bersatu hari ini...PAS ke UMNO ke...kat mesia...Ikhwan ke Hizbul ke..kat Mesir...sume same jer

3)


""kalau UMNO dan PAS bergabung atas dasar ISLAM.
saya setuju.
satukan hadaf, satukan perjuangan..""


ermmmmmm...boleh ke bersatu dgn Islam...dalam Islam juga bnyk perkara khilafiyyah????Camner ? Bleh ke nak capai 1 hadaf tu,hahahaha

just nak tambah...umat Islam x bersatu jika x de prinsip dan displin dan adab dan pengetauhaun dlm berhadapan perkara khilaf...

wassalam

to hafiz_rijalullah
thanks atas komen anda..
cuma nak perbetulkan skit. saya xcakap politik segala2nya. tapi i'm just giving my opinions~
sebab ramai yang tak suka politik..
btw, suka komen anda~

assalamualaikum,

bersatu dgn islam dgn kalimah tauhid~
lailaha illa allah, muhammad rasulullah!

dalam kalimah ni byk yg tersirat,
n no wander kalimah ni je jadi pintu masuk kpd islam.

semua muslim adalah bersaudara,
so, kepentingan saudara adalah kepentingan kite..
sebenarnye(bile faham istilah bersaudara...)kite sume dah satu dah...

bersatu pada benda2 core/dasar..
akidah semua sama,solat kerana Allah
n khilaf tu tetap akan ada, pada bnda2 cbg..qunut wajib ke x,tgn nk letak kat dada ke atas pusat, dll...

(dlm rukun 20, risalah taalim, pak hasan)

pentingkn yg penting!

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saifuddin-perjelas-mt-umno-30-alasan-nafi-hak-mahasiswa-berpolitik/

banner 516×75

Popular Posts