
assalamualaikum..
syukran pada memberi anugerah.. dah la time tepat2 dua puluh~ betul tak adik??
dari adik dan kak fatin.
7 perkara mengenai diri aku~
1. aku adalah aku
2. aku bukan engkau
3. engkau bukan aku
4. suka bertanya
5. dah 20
6. semua yang di atas
7. tengok no. 6
orang yang nak tag?
tak nak tag sapa-sapa sebab nak cantik sorang2 (selfish kan?) ha3~
setakat ini sahaja, wallahu'alam~
assalamualaikum..
kalau cikgu tanya, "faham tak?"
selalunya jawapan, "faham cikgu."
kalau sapa-sapa tanya, "faham betul-betul tak?"
kalau jawapan saya, "betul-betul" (tak berani nak sebut faham).
hakikatnya kefahaman amat penting, penting dalam setiap perkara. untuk apa? untuk kita sampai ke garisan penamat dalam setiap apa yang kita laku.
Baginda s.a.w menceritakan tentang orang Khawarij dan pimpinan mereka:
‘Sesungguhnya mereka mempunyai beberapa sahabat, mereka merasakan solat yang dilakukan oleh salah seorang dari kamu sangat kecil berbanding dengan mereka, dan puasa kamu dianggap lebih rendah dari puasa mereka. Mereka membaca Quran tetapi tidak lebih dari kerongkong mereka. Merekalah seburuk-buruk makhluk ‘ ( Muslim)
Amat penting faham itu dalam setiap perbuatan yang kita lakukan dalam kehidupan harian. Pendapat saya yang kerdil ini, setiap kefahaman itu bermula dengan ilmu. Betul? jika tidak sila perbetulkan. ilmu yang saya ingin maksudkan bukan sahaja yang diperolehi dalam pembelajaran yang formal, tapi dalam kehidupan seharian (pembacaan, pertanyaan, kelas2).
satu bukti untuk melihat kepentingan faham ini,
Situasi A
emak : Inah jangan main hujan, nanti demam!
anak : betul ke boleh demam? (dalam hati), kemudian terus bermain.
Situasi B
emak : Inah jangan main hujan.
anak : kenapa?
emak : Inah tengok udara sekarang tak bersih. nanti hujan turun air pun tak berapa nak bersih. nanti senang sakit.
Mudah bukan (tulis@cakap memang mudah, tapi landasan praktikal mencabar). Kefahaman mengikut tahap setiap orang. memberi peluang untuk berfikir mengenai 5w (what,why,when,where,who) pada saya sudah pasti memberi satu keyakinan. Si anak akan membesar dan terus berfikir mengenai jawapan tersebut. Dan insyaAllah, dia telah bertemu jawapan yang benar mengenai mengapa? setelah belajar sains di sekolah rendah mengenai kejadian hujan. dan pada saya sudah semestinya si anak akan terus berpegang dengan peringatan dari emaknya.
Begitulah yang saya ingin kongsikan disini.
Kadangkala, kita perlu menerima pendapat dan pandangan orang lain.
Kadangkala, kita perlu mendengar pendirian orang lain.
Tapi, jangan terus menerima.
Cuba tapis dan membina kefahaman dalam diri.
Untuk apa? Untuk kesan jangka panjang.
Membawa pada isu lain.
Kita ingin menjadi doktor.
Sebab suka biology? Sebab result spm gempak?
ditakdirkan kita lulus 6tahun dan berjaya menjadi doktor.
Bila dah berkerja rasa sibuk dan penat. Mungkinkah kita akan berputus asa?
tapi kalau kita faham.
doktor bukan sebarang pekerjaan.
pekerjaan yang memerlukan 1001 pengorbanan (semua kerja sama)
yang memerlukan pengorbanan masa.
yang akan sibuk.
tapi kita faham, perlunya ada doktor lebih-lebih lagi doktor Muslim dan Mukmin.
pasti kita tidak mudah berputus asa kerana kita faham.
Beza antara orang yang memeluk Islam atas dasar mencari dengan Islam pada keturunan
Memeluk Islam atas dasar kefahaman yang jitu kerana mencari agama yang benar pasti memberikan impak yang besar pada diri. Faham apa 'erti aku memeluk Islam'. Pasti akidah yang teguh dan utuh dalam diri.
Beza Islam atas dasar keturunan. Memeluk Islam kerana dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Islam, disuap dengan ilmu-ilmu agama tanpa faham erti sebenar Islam, sudah pasti mudah goyah ditiup trend semasa. Jadi tidak hairan ramai muda remaja yang hanyut ditengah perjalanan.
Jadi nasihat saya pada DIRI SENDIRI, dan sahabat-sahabat sekalian.
Perlunya kita faham dalam segenap aspek.
Membuat kesimpulan tanpa betul-betul faham akan membawa padah pada diri sendiri.
“…Maka bertanyalah kepada yang tahu jika kamu tidak mengetahui.” (QS an-Nahl: 43)
Sebelum betul-betul yakin dan membuat keputusan tanya orang yang selayaknya.
Untuk tidak berat sebelah tanya kepada dua-dua belah pihak kalau melibatkan dua pihak.
Agar kita meletakkan sesuatu pada tempatnya~
p/s : jangan cepat melatah, jangan silap faham dan jangan salah faham~
wallahu'alam~
assalamualaikum..
malam ni awal dah mengantuk.. baru sempat tengok satu subjek..
hai cik keynah, baby ke apa? baby pun tidur lambat..
menjawab tag cik nany kita~
ini adalah gambar desktop aku selepas cuti hingga sekarang. dah minta izin dari tuan punya gambar iaitu saudara afiq faiz.
kena cerita sikit ke?
suka kucing kot~ tak reti nak cerita lebih-lebih.
じゃね みんな、げんき でね。
がんばってくださいね!!
wassalam..
p/s : mengasah bahasa jepun yang kian berkarat.. mungkin eka chan faham~ tolong betulkan jika silap..
assalamualaikum..
blog sudah berwajah baru, menandakan bulan kematangan sudah tiba~
hehehe..
adakah usia menggambarkan kematangan??
mungkin ada yang jawab ya dan mungkin ada yang jawab tidak..
soalan subjektif bukan??
setiap orang ada alasan untuk mempertahankan pendiriannya~
jadi tiada yang salah..
ada lebih banyak pertanyaan akan diajukan.
dalam banyak-banyak anggota badan kita,
yang mana paling penting?
ya, sekali lagi soalannya subjektif, tiada skema permakahan..
selagi hujah yang diberikan kuat, sudah pasti jawapannya betul..
tetapi andai kata jawapannya adalah semua adalah penting,
ini juga adalah betul..
kerana setiap satu memerlukan pada yang lain~
betul??
maknanya anda bersetuju dengan saya (bahasa skema)..
jadi muncul soalan berikutnya,
antara banyak-banyak unit dalam PERUBATAN,
manakah paling penting??
anda boleh menjawab apa sahaja, selagi anda memberikan alasan yang kukuh,
jawapan anda adalah betul..
mungkin pada saya UPP penting sebab saya ada alasan tersendiri (ataupun mungkin boleh dikatakan saya ta'asub UPP)..
mungkin bagi kamu UPI atau EKONOMI lebih penting, kerana kamu ada alasan tersendiri.
tapi jika kamu jawab semua saling memerlukan antara satu sama lain, BINGO!!
kamu amat terbuka dan bertolak ansur~
saya harus menerima hakikat setiap satu saling bergantung dan memerlukan,
jika satu lumpuh, semua akan turut bersama~
jadi dalam memastikan MALAYSIA aman, makmur dan sejahtera,
dan mampu melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang,
bukan sahaja dunia, malah ukhrawi........
bidang manakah paling penting?
ekonomi??
kesihatan??
pendidikan??
politik??
agama??
sosial??
kebudayaan??
dan segala jenis bidang~
jawapannya adalah subjektif, semua adalah betul selagi anda dapat memberikan alasan dan hujah yang kua, kerana setiap orang ada pandangan yang tersendiri..
tapi apa yang saya dapat dari PROF. DR. SIDEK BABA atas pertanyaan face to face (muka kepada muka) petang tadi..
semuanya adalah COMPLEMENT.. memerlukan antara satu sama lain..
bergerak seiring dan sejalan~
jadi anda tahu apa kesimpulan saya??
kita harus terbuka tapi jangan sampai hanyut.
mungkin pendapat kita adalah betul,
tapi tak semestinya pendapat orang lain adalah salah..
jadi kita perlu menyetujui bahawa semua saling memerlukan antara satu sama lain selagi kita dibawah SATU AKIDAH yang sama..
ini adalah titik persamaan kita.
jangan disebabkan orang lain berbeza pendapat dengan kita,
kita mudah melenting,
kita mudah menolak
anda dapat apa yang saya cuba sampaikan??
inilah adalah kesimpulan saya buat masa ini..
tunggu jika ada idea baru..
maaf jika blog ini kembali bersawang, kerana kuliah sudah bermula.
saya ada agenda saya.
bagaimana dengan anda?
saya ada matlamat saya.
bagaimana dengan anda?
saya ada tujuan hidup saya.
bagaimana dengan anda?
saya tahu kemana akan kembalinya saya,
bagaimana dengan anda?
jadi saya hidup untuk ISLAM,
bagaimana dengan anda?
ramai orang menyanyi bila masuk blog ini, lihatlah di shoutbox sana..
mungkin nasyid ini mampu memberi semangat bukan hanya pada saya, tapi pada yang lain..
ingat apa pandangan saya diatas?? semua adalah complement dan saling melengkapi~

Assalamualaikum..
sudah lama tidak mengupdate blog. walaupun ada yang akan berkata, "bukan baru update ke?"
biarlah.. aku rasa lama tak update nak buat macam mana..
entry aku kali ini bukan berkisar mengenai SINAI EXPLORER..
bukan juga berkisar mengenai kemana cuti ku dihabiskan..
bukan juga berkisar mengenai gathering PBB..
lebih kepada pendapat dan pandangan..
kita malas pergi kuliah..
kita malas pergi tafaqquh..
kita malas study..
kita malas segala-galanya..
kita tak nak amik tau hal sekeliling..
kita bagai kera sumbang..
kita tak nak mengundi dan diundi..
dan segala-galanya begitu..
mungkin sayang untuk mengeluarkan peluh~ siapa sangka?
atas inisiatif itu,
ada insan-insan yang prihatin merancang dan menjalankan aktiviti..
untuk orang-orang seperti kita..
insan-insan ini menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit..
kerana begitu menyayangi kita sebagai SAUDARA SEAKIDAH~
tidak mahu melihat kita terus hanyut dilanda kemalasan (ini memang agenda yahudi laknatullh).
sedangkan UMAT ISLAM harus MAJU dalam setiap aspek..
tapi kita.
masih begitu..
tidak merasa apa2..
tak mahu join program yang sebenarnya dituju untuk kita..
tiada rasa tanggungjawab terhadap ISLAM~
akan terus begitukah kita??
wallahu'alam~
p/s: terima kasih pada insan2 yang banyak membantu aku menghabiskan waktu cuti ini..
dan tahniah pada yang dah iron baju untuk kuliah ahad ni~ hehe..

