Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum..

sudah lama tidak mengupdate blog. walaupun ada yang akan berkata, "bukan baru update ke?"
biarlah.. aku rasa lama tak update nak buat macam mana..

entry aku kali ini bukan berkisar mengenai SINAI EXPLORER..
bukan juga berkisar mengenai kemana cuti ku dihabiskan..
bukan juga berkisar mengenai gathering PBB..

lebih kepada pendapat dan pandangan..

kita malas pergi kuliah..
kita malas pergi tafaqquh..
kita malas study..
kita malas segala-galanya..
kita tak nak amik tau hal sekeliling..
kita bagai kera sumbang..
kita tak nak mengundi dan diundi..
dan segala-galanya begitu..
mungkin sayang untuk mengeluarkan peluh~ siapa sangka?

atas inisiatif itu,
ada insan-insan yang prihatin merancang dan menjalankan aktiviti..
untuk orang-orang seperti kita..
insan-insan ini menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit..
kerana begitu menyayangi kita sebagai SAUDARA SEAKIDAH~
tidak mahu melihat kita terus hanyut dilanda kemalasan (ini memang agenda yahudi laknatullh).
sedangkan UMAT ISLAM harus MAJU dalam setiap aspek..

tapi kita.
masih begitu..
tidak merasa apa2..
tak mahu join program yang sebenarnya dituju untuk kita..
tiada rasa tanggungjawab terhadap ISLAM~
akan terus begitukah kita??

''Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya''.(Surat Ar-ra'ad ayat-11)

tak terasa?? nak lebih terasa? tekan sini..

"Mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka, kita pula??"

wallahu'alam~

p/s: terima kasih pada insan2 yang banyak membantu aku menghabiskan waktu cuti ini..
dan tahniah pada yang dah iron baju untuk kuliah ahad ni~ hehe..

say~ UPP

5 mEssAge:

salam..keynah..

siannye..isi blog ni bunyi macam frust sgt..mesti sedih ye..
em..faham je perasaan kinah..hehe

seorang daie berpenat2 kerana Allah..semata2 kerana Allah

masanya..duitnya..tenaganya..mungkin hampir semua dijual untuk membeli syurga Allah yang mahal..

kadang si daie jadi marah..dan x sabar
kerana ajakannya x diterima..
jenuh diingat..masih menolak..

tapi daie mesti ingat..
daie hanya menyeru dan mengingatkan..dengan hikmah dan bijaksana..

selebihnya..yang memiliki hidayah
yang memiliki hati manusia
bukan lah sang daie..
tapi Dia..Allah..
yang mampu membolak balikkan hati manusia

insya Allah..percyalah..dengan izin allah..

hidayah Allah itu sebenarnya sangat dekat dan pasti akan hadir buat mereka yang memilih jalan untuk mencari hidayah dan redhaNya..

maaf salah silap
selamat kembali ke sekolah~~~ ^_^v
wsalam wbt

thanks akak~
hehe..
sebenarnya ditujukan untuk diri saya jugak yg kdg2 malas nak pegi program~
selamat berimtihan~
bittaufiq wannajah..

berjuanglah wahai ansorullah,
ayuh wahai penolong2 Allah~

teruskan berjuang..
hayati lagu tema PAS betul2..

to asma:
jangan nyanyi kat sini..
nanti hujan~

to ustaz:
insyaAllah~

Popular Posts