Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


assalamualaikum~
maaf, perlu banyak entry yang boleh membina kekuatan untuk diri sendiri..

sakinah,
bila anda rasa anda malas,
anda sebenarnya sedang mendoakan diri anda untuk jadi seorang yang pemalas,
dan secara tidak langsung,
anda benar-benar akan malas..
ketahuilah sebenarnya malas itu hanya akan membinasakan diri anda sendiri..

apa kata tukarkan perasaan malas itu menjadi yang positif..
malas untuk buat dosa,
malas untuk sembahyang lambat,
malas untuk mengumpat,
malas untuk buat benda lagho..
bagus bukan??

dan apabila anda fikirkan anda rajin..
jangan fikirkan rajin untuk berangan,
rajin untuk tidur,
rajin untuk bermalas-malasan..
fikirkan anda rajin untuk baca buku,
rajin untuk belajar,
rajin untuk beribadat..

bila anda rasa anda sakit hati,
cuba tukarkan sakit hati itu pada yang positif,
sakit hati sebab anda tak serajin orang lain,
sakit hati sebab anda seorang yang malas,
sakit hati sebab anda tak rajin beribadah..

anda sebenarnya apa yang anda fikirkan..
dan apa yang anda fikirkan adalah doa untuk diri sendiri..
takkan nak doakan benda yang tak baik untuk diri sendiri??
ayuh ubah pemikiran kita??
jom~



Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan?





lagu yang pernah diberikan oleh abah ketika di tahun satu~


assalamualaikum..

saya jarang sekali bercerita mengenai keluarga..
jarang sekali bercerita mengenai mak..
jarang sekali bercerita mengenai abah..
apatah lagi adik beradik yang lain..

tahu kenapa?
kalau saya rindu, terus saya telefon (kalau tiap2 hari maknanya tiap2 hari telefon),
jadi tak sempat nak meluahkan rindu di blog..

alhamdulillah,
saya bertuah.. saya beruntung..
saya ada keluarga yang memahami, kadangkala lebih memahami diri saya sendiri dari saya sendiri..
saya selalu tak yakin dengan kemampuan diri sendiri, tapi mak dan abah selalu meyakinkan saya. apatah lagi abang2, kakak dan adik saya..

satu peristiwa,
selepas interview untuk program intensif bahasa jepun bawah yayasan pelajaran mara,
saya terus cakap dekat mak ngan abah saya, saya tak yakin boleh dapat..
dan memang saya tak fikir langsung lepas tu..
tapi mak saya dah belikan beg baru untuk bawak pergi kelas? guess what? mak saya dapat rasa saya boleh dapat.. dan selepas dua minggu saya dapat panggilan dari ypm yang saya dapat..

ini hanya satu peristiwa.. banyak lagi yang lain..

saya lebih suka pendam. tak suka cakap mengenai perasaan. sayang, rindu, suka.
tapi mak dan abah faham..
selalu telefon rumah tanda rindu.
bila saya puji sesuatu tanda saya suka.
bila saya selalu sebut tanda sayang.

saya tak pernah sedar..
baru saya sedar, bila saya cakap,
cantiknya benda tu, mak atau abah akan cakap, nak ka?

lama-lama baru sedar..
secara spontan saya akan puji sesuatu bila saya suka..
berapa kali terlepas puji orang lain depan abah dan mak..
terasa kantoi pada diri sendiri..

bila mak dan abah suarakan, mahu seorang anak mereka jadi doktor,
saya jadi risau.. 3 orang abang dah lepas dengan cita2 mereka..
kakak saya hanya tinggal berapa tahun untuk tamat pengajian..
ketika itu saya resah. hanya tinggal saya seorang. adik saya memang tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk menjurus ke arah perubatan, kesihatan.. tak berminat mungkin.. tawaran sudah ada, doakan beliau mampu membuat keputusan yang terbaik..

abah tahu saya susah score untuk biology. apatah lagi buku biolgy yang jarang bersentuh. tiap-tiap kali ada buku rujukan yang menjadi pilihan pelajar, abah akan belikan. seingat saya buku biology paling banyak sekali waktu nak ambil spm.
tapi saya takut. takut tak dapat memenuhi permintaan mak ngan abah. sebelum keputusan spm keluar pun, saya siap-siap minta maaf. Alhamdulillah, result yang keluar membolehkan saya sambung ke jurusan ini. saya yakin, Allah dah takdirkan yang terbaik buat saya..

setiap kali saya rasa lemah,
saya ada keluarga yang memahami saya..
jadi saya akan bangkit kembali..

inilah kekuatan saya yang Allah anugerahkan.
tapi saya tahu saya tak boleh kuat kerana keluarga sahaja..
kerana itu tak kekal..

saya perlu kuat kerana Allah~
saya perlu kuat kerana Islam~
saya perlu membina kekuatan itu.. doakan saya berjaya~

Serahkan diri sepenuh hati padaNYA,
maka Allah akan beri kekuatan sebagai ganti kelemahan,
keamanan sebagai ganti ketakutan,
kecukupan sebagai ganti kemiskinan..
(Yusuf Al-Qardawi)



assalamualaikum...

saya akan mulakan entry dengan ini~

jadi di sini, saya ingin menasihati diri saya.. ya, diri saya sendiri..
di musim exam ini;

1. stay up sepanjang malam untuk baca buku boleh, jadi saya kena luangkan masa malam saya untuk beribadah juga~


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji (Al-Israa' : 80)


2. saya boleh baca buku sampai bertimbun-timbun, jadi saya kena luangkan masa untuk baca Al-Quran~

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.( Riwayat Muslim )


3. bila dengar azan, saya kena segera bersedia untuk solat~
Rasulullah SAW berkata kepada Ibnu Mas'ud r.a. waktu baginda ditanya tentang amal apa yang paling baik? "Solat pada waktunya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

4. saya kena jaga hubungan dengan rakan-rakan saya~

telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya” (Muslim)

5. jangan lupa selalu telefon mak, abah dan adik beradik yang lain.. mohon doa dari mereka~

banyak lagi yang perlu dipesan pada diri saya yang selalu lalai ini. mohon sahabat-sahabat sekalian untuk menasihati diri yang sering lupa..

bittaufiq wannajah buat rakan-rakan se batch untuk final exam ini.. perbaiki niat balik.. insyaAllah~


"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Surah Ali-Imran:147)


Second year (2009-2010)

End of Second Semester Exam

Day

Date

Subject

Time

Monday

28/6/2010

Biochemistry

9.00 – 11.00

Thursday

1/7/2010

Histology

9.00 – 10.30

Monday

5/7/2010

Physiology

9.00 – 11.00

Saturday

10/7/2010

Anatomy

9.00 – 11.00

Monday

12/7/2010

Pharmacology

9.00 – 11.00

Wednesday

14/7/2010

Ethics

9.00 – 10.00

Sunday

18/7/2010

Parasitology

9.00 – 10.30

Wednesday

21/7/2010

Microbiology

9.00 – 10.30

Sunday

25/7/2010

Pathology

9.00 – 11.00

Monday

26/7/2010

PBL

9.00 – 11.00



assalamualaikum~


8-10

10-12

4-6

Saturday


Microb (presentation?)


Sunday

Histo exam (lab 8)

Physio revision


Monday

Anatomy exam

Patho gross (liver)


Tuesday

Para exam


Biochem revision

Wednesday

Microb presentation group c, 9-10

ICDL exam


Thursday

Biochem exam

Physio exam



jadual ni mula minggu ni. minggu depan tinggal pathology practical exam, lepas tu 28hb 6 bermulalah exam final dengan 10subjek..

perlu stamina dari segi fizikal dan mental~ insyaAllah banyakkan berdoa dan solat malam, moga diberi kekuatan.. mohon doa dari kalian~

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal
belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir!”
[Al-Baqarah 2: 214]



kadang-kadang hidup dalam penjara diri sendiri,
secara fizikalnya nampak bebas,
tapi hakikatnya terpenjara dalam diri sendiri.

sampai bila ingin membiarkan mulut membisu,
sampai bila ingin membiarkan tangan terikat,
sampai bila hanya ingin mengangguk,
sedangkan kita tahu.

hormat tak semestinya hanya mengikut,
hormat tak semestinya hanya membisu,
hormat tak semestinya hanya mendengar,
hormat adalah menerima tapi tak semestinya bersetuju.

semua orang ada pandangan tersendiri,
dan tak semestinya semua pandangan adalah betul,
dan tak semestinya pula pandangan itu salah,
bergantung kepada yang mentafsir.

apa yang penting,
berlapang dada dalam setiap perkara.
jangan memaksa~

moga diberi kekuatan~
wallahu'alam...

banner 516×75

Popular Posts