Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



Saya masih terfikir-fikir.

Revolusi Mesir melibatkan kebangkitan rakyat secara keseluruhannya.
saya melihat dari sudut pandangan seorang pelajar yang menetap di sini.
bagaimana rakyat-rakyat biasa yang hidup susah bangkit untuk menjatuhkan Husnil Mubarak.

Namun, masih ada sebilangan rakyat yang tidak bersetuju dengan revolusi ini.
atau buat tidak kisah sahaja.
mereka merasakan, Husnil Mubarak tidak mempunyai kesalahan apa-apa.
dan mereka rasa okay dengan pentadbiran HM.
rata-rata golongan ini adalah golongan berada.

tapi yang menghairankan saya,
sewaktu revolusi sedang rancak berlaku.
muncul kumpulan yang dilabel sebagai pro-Mubarak.
yang saya kira boleh dikatakan sebagai anti-revolusi.

Ada juga yang mengatakan bahawa,
revolusi menjatuhkan ekonomi Mesir.
sektor pelancongan yang menjadi punca utama ekonomi,
jatuh merudum.

tapi, mungkin ada yang dapat sesuatu.
kadang-kadang kita perlu berkorban untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik.

saya cuba pertimbangkan balik dengan apa yang berlaku di Malaysia.
mengambil iktibar dengan apa yang terjadi.
Mungkin saya boleh konklusikan sesuatu.


0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts