Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



Situasi 1

"Abah ni dah tahap wali dah tau"

"Wali? Betui ka abah?"

"Abah ada tiga anak perempuan, semua abah jadi wali. haha "

=_="


Situasi 2

"Inah ingat nak puasa kat Mesir kejap lah abah. Nak balik lambat sikit."

"Awatnya? Balik terus ja lah lepas exam tu. Cuti lama sikit"

"Nak rasa puasa jap kat Mesir nih, hehe. Macam best ja"

"Sama ja pun pahala puasa kat Mesir ngan kat Malaysia, balik awal boleh makan sedap-sedap buka puasa"

=__="


Situasi 3

"Abah, mata abah dah ok ka? Blurr-blurr lagi tak?"

"Kalau drive tak nampak. tapi kalau duit warna hijau nampak terang"

"Ha ha ha"


Situasi 4

"Abah dok buat apa tu?" (dalam panggilan telefon)

"Tengah online facebook nih, tengah post berita. Abah jadi penyampai berita ja sekarang nih"


Setahun lepas, saya hampir kehilangan lelaki yang paling saya sayang.
Waktu itu hanya Allah yang tahu, betapa lemah diri ini untuk meneruskan hidup.
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah agar saya dan anak-anak yang lain dapat membalas jasa dan bakti abah.
Abah yang saya sayang, mampu membuat anak-anaknya tersenyum.
Mampu memberikan kata-kata perangsang bila anaknya sedang jatuh.
Mampu diam dalam teguran.
Memberikan yang terbaik buat anak-anak yang beliau sayang.

Terima kasih abah.

Hadiah paling berharga buat tahun ini adalah MENANTU buat abah. dari kakak kesayangan saya ^_^
Moga tahun depan ada CUCU buat abah.
Abah dah jadi atok cyber, balas-balas facebook dengan cucu menakan ^_^

Doa kami sekeluarga buat abah ;

Moga hari-hari abah berlalu dengan indahnya.
Moga abah dipanjangkan umur dalam keberkatan dan redha Allah.
Moga abah dimurahkan rezeki untuk di infaqkan pada jalan Allah.
Moga abah terus sihat untuk berlari bersama anak cucu.
Moga abah terus tersenyum dalam menempuh hari-hari mendatang.
Moga abah dikuatkan Iman dan hidup dalam redha dan berkat Allah.
Ameen Ya-Rob.

Selamat Hari Lahir yang ke-55




1 mEssAge:

sama mcm ayah akak..'atok cyber'..haha. nk tgk gmbar cucu, umi ngn abi depa main aci tag je skrg.huh!

Popular Posts