Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Assalamualaikum. lama sungguh tak ter update. terjumpa satu artikel menarik.
Hadiah buat kakak tersayang dan sahabat-sahabat yang baru melangkah ke gerbang "Cinta Berpahala".



Anak perempuannya melangkah ,menunduk wajah di depannya lalu duduk merebahkan kepalanya di atas ribaan ibunya yang tercinta. Anaknya baru dijodohkan dan bakal dihantar ke rumah suaminya. Isteri Auf bin Muhallim bermadah buat anak perempuannya,

“Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari rumahmu, berpisah dan meninggalkan apa yang selama ini menjadi sangkar bagimu. Lantas engkau akan memasuki sangkar baru yang sama sekali engkau belum mengenalinya,akan bersanding dengan suami yang jga belum pernah bertemu untuk bersama dan bersatu. Maka, dengarlah nasihat ini wahai anakku. Jadikanlah dirimu ibu bagi suamimu, pasti dia kan menjadi simpanan yang amat baik bagimu kemudian,

Yang pertama dan kedua,
Berkawanlah dengan suamimu dengan penuh kerelaan dan bergaullah dengannya dengan penuh keikhlasan pula. Jadikanla dirimu sebagai pendenar yang baik serta taatlah kepadanya.

Yang ketiga dan keempat,
Perhatikanlah ke mana arah matanya tertuju, ke mana arah hidungnya menghidu.Jangan sampai mata suamimu mengarah pada sesatu yang buruk yang ada pada dirimu. Janganlah sampai hidung suamimu mencium kecuali yang serba harum dan yang ada pada seluruh badanmu. Pakailah celak yang terbaik di antara yang baik, pergunakanlah sabun yang wangi di antara yang wangi.

Yang kelima dan keenam,
Perhatikanlah waktu makannya dan jadikanlah tidurnya tenang. Lapar itu dapat membuat seseoarng gelisah yang akan mengganggu tidurnya dan membuatnya marah.

Yang ketujuh dan kelapan,
Jaga dan pelihara baik-baik rumah dan hartanya, jiwa, anak-anak dan nama baiknya. Ke mana wangnya engkau belanjakan hendaklah engkau atur sebaik-baiknya.

Yang kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membukakan rahsianya, jangan melanggar perintahnya. Apabila engkau membukanya juga, tahulah engkau tidak akan berasa aman sebagai akibatnya. Dan apabila engkau langgar juga perintahnya, hatimu akan gelisah. Jangan engkau nampakkan rasa gembira ketika dirinya sedang sedih atau resah. Sebaliknya, jangan raut wajahmu murung ketika dirinya sedang dalam keadaan gembira. Sebab apabila engkau menampakkan keriangan sedangkan suamimu dalam kesedihan, itu merupakan suatu perkara yang kurang baik. Juga apabila berlaku sebaliknya, engkau akan menjadikan suasana kemuraman di dalam rumah tanggamu.

Jadilah engkau seorang wanita yang paling mengagungkan dirinya, nanti engkau pasti akan sangat dihormatinya. Wahai anakku, apabila dirimu mampu menjadi insan tumpuan baginya, engkau juga akan mendapat perlindungan sebaik-baiknya daripada suamimu. Camkanlah, renungkanlah, engkau tidak akan sampai pada sesuatu yang menyenangkan dirimu sendiri kecuali engkau mahu memperhatikan kesenangannya dan lebih mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan dirimu.

Wahai anakku, sesungguhnya Allah s.w.t memilihkan yang terbaik untukmu

Nasihat di atas mungkin untuk seorang perempuan yang bakal menjadi isteri, tetapi layakkah seorang lelaki berada di sisi isteri yang mengamalkan nasihat di atas tetapi dirinya tidak mengamalkan nasihat di atas. Jodoh telah tertulis di Lauh Mahfuz namun perbuatan anak-anak remaja sekarang sepeti tidak menyakininya. Jodohmu pasti terbentuk dengan peribadimu. Perelokkan peribadimu,maka,yakinlah Allah akan memberi yang terelok buat dirimu.

copy from here

3 mEssAge:

aku suka ayat cinta berpahala tuh. hueheheheh

sokong dan suke sgt ayat nih
"Jadilah engkau seorang wanita yang paling mengagungkan dirinya, nanti engkau pasti akan sangat dihormatinya. Wahai anakku, apabila dirimu mampu menjadi insan tumpuan baginya, engkau juga akan mendapat perlindungan sebaik-baiknya daripada suamimu. Camkanlah, renungkanlah, engkau tidak akan sampai pada sesuatu yang menyenangkan dirimu sendiri kecuali engkau mahu memperhatikan kesenangannya dan lebih mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan dirimu."

@hanis
ayat dari kawan yang dah kahwin. hihi~~

@muslimat
insyaAllah, moga menjadi iktibar untuk kita semua ^_^

Popular Posts