
ada orang kata, orang yang baik-baik ni selalu dapat petanda mengenai saat-saat kematian mereka.
saya percaya.
tapi kan, kita yang rasa macam tu.
orang yang selalu ingat mati,
apa-apa tindakannya pasti dia ingat yang dia akan mati.
kata-kata nya pasti dijaga,
sebab dia tahu yang dia tak tahu bila ajalnya.
menjaga tingkah laku dengan yang lain,
kerana dia tahu ajalnya bila-bila akan tiba.
dalam erti yang lain,
setiap perbuatan pasti amat-amat diawasi,
kerana dia tahu, yang dia tak tahu bila ajalnya akan tiba.
saya??
saya bukanlah sempurna.
adakalanya, laju mulut menutur kata-kata.
laju hati ini marah-marah.
saya perlu berubah. saya mesti berubah.
waktu menghantar arwah,
saya terfikir, apa perasaan arwah??
apa rasa dikafan, dimandikan dan disembahyang?
apa rasa ditinggalkan berseorang di liang lahad??
macam mana bila tiba waktu saya nanti??
adakah saya benar-benar bersedia???
ALLAH......Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8

salam.
serius. kemahiran menulis dah hilang.
mungkin memory trace dah hilang sebab asyik baca buku untuk exam.
tangan pun jadi lambat.
yang makin aneh, nak cakap bahasa MELAYU seolah-olah dah hilang perkataan.
semakin kurang kosa kata.
mungkin lepas nih, hanya terpaksa menggunakan bahasa MELAYU yang simple.
kita tunggu dan lihat.
sebenarnya nak conteng jugak kat blog nih.
walaupun dah lama sangat tak tulis.
baru-baru ni aku dah buat keputusan yang besar.
mungkin keputusan aku ni, menyebabkan ada pihak yang tak senang.
tapi percayalah, aku dah fikir semasak-masaknya.
bagilah aku peluang untuk buat pilihan,
untuk pilih mana yang terbaik untuk diri aku,
sebab aku dah DEWASA.
hormatilah keputusan aku.
kadang-kadang dalam hidup,
sama ada kita terperangkap dengan jalan cerita yang telah diaturkan oleh orang lain.
atau pun kita berani membuat perubahan.
mungkin dah terbiasa dengan hidup 'ayam daging'.
kehidupan di asrama yang dikawal oleh warden, jadual, peraturan.
kadang-kala bila keluar di dunia realiti,
kita seolah-olah masih berada dalam penjara hidup.
ayuhlah,
cuba berfikir untuk diri sendiri,
cuba berfikir mengenai jalan yang telah kita ambil,
adakah kita betul-betul mahukan nya??
ataupun kita hanya mengikut atas dasar orang kata ini jalan yang baik.
bukalah mata,
betulkah ini yang terbaik??
yakinkah kita??
cari, cari dan terus mencari.
jangan mudah berpuas hati.
kerana yang melaluinya adalah kita.
kita yang akan berhadapan dengan segala macam onak dan liku itu.
pastikan kita betul-betul faham.
FAHAM ke, apa yang aku tulis nih??
hanya orang yang tahu akan faham.
THE END.

assalamualaikum..
antara symptom-symptom musim peperikasaan yang jelas adalah ;
1) rajin telefon rumah (sebab kalau kuliah selalu balik lambat, so tak sempat telefon sebab dah lewat)
2) rajin update blog, sebab tak da sebab
dua benda yang baru dapat dikenal pasti..
macam mana pula symptom menghadapi ujian dunia??
kita tak pernah sedar hidup kita ini adalah ujian,
kenapa ek??
sebab kita tak nampak result dia sekarang betul tak??
sebenarnya bukak ja mata, dah ada satu ujian..
sama ada nak bangun awal untuk solat subuh, atau nak terus tidur??
macammana kita jawab??
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pada suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang lebih utama? Baginda SAW menjawab: Solat tepat pada waktunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
lepas tu mesti dah mandi, pastu pilih baju nak pakai..
sama ada kita nak pilih yang tutup aurat BETUL2, atau just nak bagi kita nampak cantik dan tidak menghiraukan tuntutan menutup aurat??
macammana kita memilihnya??
Firman Allah S.W.T di dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
lepas tu kita pergi belajar/kerja,
sama ada kita nak belajar/bekerja secara bersungguh-sungguh atau sambil lewa??
nak tunggu cukup bulan masuk gaji??
bergantung pada kita kan??
macammana kita jawab??
sama ada kita jawab mengikut iman atau nafsu~
dan result kelak, akan diberi di padang mahsyar..
nak terima dari tangan kiri??
ataupun dari tangan kanan??
dah tak guna kalau menyesal..
pilihan di tangan kita~
pernah tak, sebelum exam kita rasa dah ingat semua benda..
dah cukup bersedia..
dah baca buku dan hafal dari kulit ke kulit..
tapi last2 kita blank time exam.. lupa apa yang kita baca..
huhu.. rasa sedih tak??
nak tak jadi macam tu kat akhirat nanti??
kita dah rasa kita solat, dah cukup buat baik..
dah tutup aurat elok2..
tapi akhirnya kita muflis diakhirat..
macammana tu??
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?”
Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?”
Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang.
“Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”(Hadis riwayat Muslim)
moga menjadi iktibar~
