Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.


biasalah, bila cuti dah nak habis. bila tarikh nak mula bersekolah makin menjelma.
hati makin berat. rasa macam ada syaitan bergayut, supaya jadi malas yang amat, sedih, homesick. itu amatlah biasa.

bagi saya,
kesenangan hidup, kekosongan masa, kegembiraan kadang-kadang membuatkan manusia malas. (mungkin diri sendiri). malas nak keluar dari keselasaan. mungkin itu salah satu faktor malas nak mula sekolah. tipulah 2bulan cuti, masih homesick.

sebab, kita akan mula sedar,
tanggungjawab, amanah yang masih tergalas di bahu.

mungkin boleh saya ibaratkan pergi menuntut ilmu ini seperti berperang.
tatkala ramai yang menarik diri dalam peperangan kerana perang itu susah. banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. dan semestinya tempat tinggal yang selesa, isteri yang menyejukkan mata, anak-anak yang menjadi sumber kebahagian dan ibu bapa yang sentiasa menyayangi perlu ditinggalkan.

apatah lagi medan perang yang menunggu kita bukan calang-calang.
ditengah terik mentari, kekurangan keperluan asas. nyawa yang menjadi taruhan.

samalah seperti orang yang menuntut ilmu.

Daripada Abu Darda’ radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: ( Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang alim berbanding seorang abid ialah ibarat rembulan kepada bintang-bintang yang lain, Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar.)
{HR Abu Daud dan At-TIrmizi}


salah satu dari hadis yang dikongsi disini

jadi bukan senang nak tuntut ilmu. dan tak semua orang nak. dan tak semua orang dapat.
amatlah beruntung jika kita menuntut ilmu sampai ke liang lahad.

biarpun berat hati, mari sama-sama bersemangat. insyaAllah, janji Allah itu benar. percayalah.
yosshh, bersemangat !!

Alhamdulillah, akan melangkah ke fasa clinical year. moga lebih banyak kebesaran Allah yang bakal saya jumpa dan kaji, supaya hati ini lebih lembut =D




menghargai??
kata akar = harga
jadi maksud menghargai, meletakkan harga? haha.
mungkin maksudnya bila dah diletakkan harga, barang tu jadi mahal. so orang lebih hargai?

that's not my topic for today.

cuma kadang-kadang teringat zaman dulu-dulu.

contohnya time evakuasi hari tu. bila dah seminggu dua kat Malaysia, berderet-deret status kat fb tu, pasal rindu Alex lah, tak sabar nak start kuliah lah. rindu nak belajar balik, bila nak mula kuliah.

tapi bila dah dekat Alex, bila exam nak abis ni? countdown nak balik Malaysia lah. tak sabar nak cuti.

hihi~ itulah manusia kan...

contoh lagi, sekarang ni semua malas nak balik Alex. nak mula belajar. nak start tidoq-makan-jalan-siang-malam dengan buku.

tapi bila dah habis belajar nanti, mesti rindu balik zaman belajar.

macam tu lah jugak time duduk hostel dulu. malas nak pergi surau-prep-study-ikut peraturan-kuliah maghrib. tapi bila dah habis, baru teringat zaman asrama dulu.

jadi, cubalah kita all out dalam semua benda kita buat. supaya kita tak pernah menyesal. dan tak ada kalau-kalau-kalau dalam hidup. think twice before u do anything. insyaAllah. yang penting apa-apa keputusan istikhoroh. insyaAllah petunjuk dari Allah adalah yang terbaik.

senyum-mulakan hidup anda dengan lebih bertenaga =D



Assalamualaikum. lama sungguh tak ter update. terjumpa satu artikel menarik.
Hadiah buat kakak tersayang dan sahabat-sahabat yang baru melangkah ke gerbang "Cinta Berpahala".



Anak perempuannya melangkah ,menunduk wajah di depannya lalu duduk merebahkan kepalanya di atas ribaan ibunya yang tercinta. Anaknya baru dijodohkan dan bakal dihantar ke rumah suaminya. Isteri Auf bin Muhallim bermadah buat anak perempuannya,

“Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari rumahmu, berpisah dan meninggalkan apa yang selama ini menjadi sangkar bagimu. Lantas engkau akan memasuki sangkar baru yang sama sekali engkau belum mengenalinya,akan bersanding dengan suami yang jga belum pernah bertemu untuk bersama dan bersatu. Maka, dengarlah nasihat ini wahai anakku. Jadikanlah dirimu ibu bagi suamimu, pasti dia kan menjadi simpanan yang amat baik bagimu kemudian,

Yang pertama dan kedua,
Berkawanlah dengan suamimu dengan penuh kerelaan dan bergaullah dengannya dengan penuh keikhlasan pula. Jadikanla dirimu sebagai pendenar yang baik serta taatlah kepadanya.

Yang ketiga dan keempat,
Perhatikanlah ke mana arah matanya tertuju, ke mana arah hidungnya menghidu.Jangan sampai mata suamimu mengarah pada sesatu yang buruk yang ada pada dirimu. Janganlah sampai hidung suamimu mencium kecuali yang serba harum dan yang ada pada seluruh badanmu. Pakailah celak yang terbaik di antara yang baik, pergunakanlah sabun yang wangi di antara yang wangi.

Yang kelima dan keenam,
Perhatikanlah waktu makannya dan jadikanlah tidurnya tenang. Lapar itu dapat membuat seseoarng gelisah yang akan mengganggu tidurnya dan membuatnya marah.

Yang ketujuh dan kelapan,
Jaga dan pelihara baik-baik rumah dan hartanya, jiwa, anak-anak dan nama baiknya. Ke mana wangnya engkau belanjakan hendaklah engkau atur sebaik-baiknya.

Yang kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membukakan rahsianya, jangan melanggar perintahnya. Apabila engkau membukanya juga, tahulah engkau tidak akan berasa aman sebagai akibatnya. Dan apabila engkau langgar juga perintahnya, hatimu akan gelisah. Jangan engkau nampakkan rasa gembira ketika dirinya sedang sedih atau resah. Sebaliknya, jangan raut wajahmu murung ketika dirinya sedang dalam keadaan gembira. Sebab apabila engkau menampakkan keriangan sedangkan suamimu dalam kesedihan, itu merupakan suatu perkara yang kurang baik. Juga apabila berlaku sebaliknya, engkau akan menjadikan suasana kemuraman di dalam rumah tanggamu.

Jadilah engkau seorang wanita yang paling mengagungkan dirinya, nanti engkau pasti akan sangat dihormatinya. Wahai anakku, apabila dirimu mampu menjadi insan tumpuan baginya, engkau juga akan mendapat perlindungan sebaik-baiknya daripada suamimu. Camkanlah, renungkanlah, engkau tidak akan sampai pada sesuatu yang menyenangkan dirimu sendiri kecuali engkau mahu memperhatikan kesenangannya dan lebih mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan dirimu.

Wahai anakku, sesungguhnya Allah s.w.t memilihkan yang terbaik untukmu

Nasihat di atas mungkin untuk seorang perempuan yang bakal menjadi isteri, tetapi layakkah seorang lelaki berada di sisi isteri yang mengamalkan nasihat di atas tetapi dirinya tidak mengamalkan nasihat di atas. Jodoh telah tertulis di Lauh Mahfuz namun perbuatan anak-anak remaja sekarang sepeti tidak menyakininya. Jodohmu pasti terbentuk dengan peribadimu. Perelokkan peribadimu,maka,yakinlah Allah akan memberi yang terelok buat dirimu.

copy from here

banner 516×75

Popular Posts