Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Tiba-tiba malam ini hati saya amat sayu.

rasa terusik dengan rintik-rintik hujan yang turun. saya termenung, sedangkan tangan ligat mewarnakan buku dengan highlight yang sudah setengah tahun umurnya.

mencari punca hati begitu sayu.
hari ini 18hb. 2hari lagi abang sulung saya bakal menamatkan zaman bujang. rumah sudah riuh dengan persiapan awal untuk menyambut menantu.

saya tahu semua berada di rumah. walaupun abah menawarkan saya untuk sama-sama turut serta, tapi jihad menuntut ilmu di sini memerlukan pengorbanan. peperiksaan yang bakal menjelma menuntut saya untuk gigih menelaah.

saat ini, pasti mak dan abah akan bersengkang mata untuk memastikan persiapan betul-betul rapi.
pasti rumah dipenuhi riuh rendah saudara mara yang turut sama membantu.
dan yang pasti adik beradik kesayangan saya turut sama pulang ke rumah T.T

dan sudah pasti,
sakit rumah semakin menunjukkan clinical pictures nya.
cuma saya perlu kuatkan diri untuk menempuhi fasa ini.
kerana saya pasti, ujian ini untuk buat saya lebih kuat.
untuk menghadapi sesuatu yang lebih besar di kemudian hari.

apa yang perlu saya risau dan bimbangkan.
saya ada ALLAH.
dan saya yakin ALLAH mendengar doa hambaNYA.
^_^

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts