Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Assalamualaikum.


Pelik kadang-kadang.
Isu negara luar kita ambil tahu.
Kita cuba nak bantu.
Kita selidik setiap inci.
Kita kumpulkan 1001 maklumat.
Kita tak nak berat sebelah. buat pertimbangan yang betul.

Tapi negara sendiri??
Kita percaya pada apa yang kita tengok, kita baca, kita dengar.
Memang tak salah.
Tapi setelah kita kaji betul-betul?
Adakah setelah kita pastikan itu bukan khabar angin?
Pernahkah kita merasakan, andai ini tidak betul, adakah aku juga penyebar fitnah itu?

Bila kita sibuk-sibuk ambil tahu pasal politik,
orang cakap kita pembangkang.
tak sedar diri tajaan sapa.

Tapi bila status pasal cinta, hati dan perasaan semua orang like.
semua orang suka. semua orang nak mengusik.
tak kisah pun. tapi kadang-kadang, kita suka minda dalam kepompong yang sempit.
susah nak terima bila orang bercakap mengenai sesuatu yang sensitif.

ntah lah. lain orang lain pendapatnya.
semua orang ada pendapat sendiri dan betul pada situasi masing-masing.
selagi semua orang berlapang dada insyaAllah semua okey :)

entry ni agak emo ;)

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts