Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Assalamualaikum.


sekarang saya dalam post OBGYN (cara sebut kat Mesir, hehe) ataupun kat Malaysia orang sebut O&G.
Ntah lah. sama ja, tapi selalunya dekat tempat lain orang sebut OBGYN jugak.
Round ni belajar mengenai sakit puan :)

teringat masa interview MARA dulu, hehe. ahli panel tanya pasal, apa sakit tuan dalam bahasa medik :)
mana lah nak tau, time tu. sengih ja bila ditanya sebegitu rupa.

Bercerita mengenai OBGYN di Alexandria University. Seronok sangat round kali ni Alhamdulillah :)
Boleh ja nak masuk labour room (tengok normal labour) ikut suka hati, ataupun masuk Operating Room untuk tengok Caesarian Section (bedah).

Seriously, first time tengok normal labour, hanya Allah yang tahu perasaan time tu.
Rasa teringat dekat mak, sepanjang time tu. Betapa sakitnya ibu time nak melahirkan anak. bayangkan anak yang berat 3kg macam tu nak keluar dari bawah ibu yang kecik. MasyaAllah, hebat seorang ibu ni. Sakit lahirkan, jaga sampai besar, tatang dengan penuh kasih sayang. Anak merajuk, marah dekat mak, tak puas hati dengan mak, semua benda nak salahkan mak. tapi mak terima dengan penuh kasih sayang. tak pernah nak pukul anak sebab sayang sangat.

Sungguh, kalau anak tu tengok dan ingat macammana sakitnya mak dia lahirkan dia, sure tak kan melawan dah cakap mak lepas tu :)
Seriously, lepas abis round haritu terus telefon mak :)
tapi mak cakap, tak sakit pun inah. banyak selawat, ingat dekat Allah, insyaAllah senang ja nak beranak :D
mak sangat cool :)

Salah satu rahmat Allah pada ibu mengandung, masa saat-saat awal kandungan, si ibu akan rasa cepat letih, pening-pening, tidur banyak ataupun susah tidur, rasa berat badan. sebenarnya ni adalah protective mechanism untuk badan kita nak jaga kandungan. kalau ikut fakta lebih 80% keguguran berlaku pada awal kandungan. so kalau kita rasa badan tak sihat masa awal-awal kandungan, mestilah kita lebih banyak berehat kan :) so kuranglah risk untuk keguguran.

Yang seronoknya kalau kat mesir, mengidam ni lebih kepada makanan yang off-season. sebab mesir kan 4 musim, so ada makanan (especially buah-buahan) yang ada pada musim tertentu.
bila bagitau doktor yang kat malaysia orang selalu mengidam makanan masam, doktor macam pelik. hehe.

Bila dekat labour room, tengok semua ibu-ibu tahan sakit nak lahirkan anak. Push sampai berpeluh-peluh. Tapi bila masuk bilik baby, semua baby tidor nyenyak :) comel sangat. sambil mulut bergerak-gerak. hihi~ mimpi lah tu :p

Alhamdulillah dah dapat anak saudara yang pertama, diberi nama Nuha Iman :)

Ya Allah, beri aku kekuatan dan semangat untuk terus menuntut ilmu, moga aku mampu menjadi doktor Muslim yang mampu berkhidmat pada agama dan masyarakat. Ameen :)

0 mEssAge:

Popular Posts