Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Ar-Rahman : 13



Hari ini, tiba-tiba hati jadi sayu. Selalu rasa susah, rasa penat, rasa berat dengan kelas, kerja, tanggungjawab. Penat dengan persekitaran, rasa nak tempat yang tak da masalah langsung.

Tapi, perjalanan hari ini mengajar saya satu hikmah yang hanya mata hati dapat melihat, Alhamdulillah.

Melihat kesusahan rakyat Mesir, yang kuat bekerja untuk mencari sumber kewangan.
Dan kesedaran yang lahir dengan ilmu yang saya belajar.

Sebenarnya diri kita, pancaindera, kesihatan, masa, suasana, sahabat-sahabat, keluarga merupakan satu nikmat yang Allah berikan tanpa kita pinta, tapi kita amat memerlukannya !! tapi saya tak pernah bersyukur :(

Pengajaran pertama dari pembelajaran mengenai fertility rate (tahap kesuburan)
tak semua orang senang nak dapat anak. ada yang bertahun lama baru dapat anak. dan ada yang memang tak ada rezeki.

Kita antara yang terpilih untuk dilahirkan di dunia. Kenapa susah nak bersyukur ??

Dan semua yang dilahirkan, tak semua yang sempurna.
Ada yang lahir dengan congenital anomalies, yang lahir tak cukup bulan (kena masuk dalam incubator), yang meninggal beberapa jam lepas lahir, yang mengalami masalah kesihatan lepas lahir.

Kita, Alhamdulillah sihat walafiat. sakit cuma berkala. tu pun dah merungut.
Kesempurnaan yang Allah kurniakan pada tubuh badan dan kesihatan, kita masih lagi tidak bersyukur :(

Kita dibesarkan oleh mak dan ayah, adik-beradik di sekeliling. keluarga yang bahagia.
berapa ramai yang membesar tanpa mak atau ayah. keseorangan hidup di dunia.
tu pun masih nak bergaduh dengan family, nak lari dari rumah, nak memberontak ikut pakwe :(
susah sangat ke nak bersyukur :(

Bila dah besar, dapat result elok, dapat biasiswa, dapat bidang kritikal.
kita nak merungut lagi. belajar susah, penat, sibuk. sedangkan ramai lagi yang kurang bernasib baik :(
yang tak dapat biasiswa, kena usaha lebih :(
yang mak ayah susah payah hantar duit dari Malaysia untuk bg anak diorang belajar.
kita masih tak bersyukur??

Kadang-kadang tak dak sebab kita nak rasa hidup kita susah dengan ujian yang Allah bagi.
Sedangkan nikmat Allah bagi lebih besar jika nak dibandingkan dengan kesusahan yang Allah timpakan. 

Malu dengan Allah.

0 mEssAge:

Popular Posts