Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Assalamualaikum.

Suka saya bercakap mengenai soft skill dan common sense. kerana dua elemen ini tidak ada dalam pembelajaran. Kita akan perolehi berdasarkan pengalaman kita ataupun pemerhatian kita mengenai sahabat sekeliling.



Sedar atau tidak, sehabisnya saya di sekolah menengah, 3 bulan di Uniten untuk kursus bahasa Jepun (pada mulanya ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun di bawah tajaan Yayasan Pelajaran Mara), 3 bulan di UKM (persediaan bahasa arab), akhirnya terlantar di bumi Mesir :p
hehe. boleh saya katakan, saat sampai di Mesir tiada bekalan hidup bermasyarakat yang lengkap selain hidup di asrama yang dikawal oleh peraturan dan warden tanpa masalah.

Senario satu :
Patient tengah nazak. di kelilingi ahli keluarga. beberapa orang pelajar Perubatan foreigner sedang bercakap-cakap menerangkan sesuatu dalam bahasa jargon medic.

Kalau kita pelajar tersebut, yang sedang bercakap-cakap,
pada saya common sense itu telah hilang. Mungkin walaupun kita ingin belajar, dan kita bukan dari negara pesakit tersebut, dan keluarga pesakit itu juga tidak faham bahasa kita,
tapi kalau kita berada di tempat keluarga pesakit tersebut, kita akan annoyed !
hehe, nampak macam serius. tapi perkara ini common sense.

Senario dua :
Sahabat kita demam, tidak ke kuliah. Jika di asrama, warden/pengawas bertugas akan bertanggungjawab. jika di rumah, ibu bapa yang akan bertanggungjawab.
Jika di negara orang, yang tiada ibu bapa, tiada siapa-siapa kecuali sahabat-sahabat, jadi kita sebagai sahabatlah bertanggungjawab. Memastikan makan minum sahabat kita, memastikan keadaan demam beliau. Tanggungjawab ini timbul dari common sense !

Bukan apa, di sebabkan seawal umur meningkat dewasa dilemparkan ke negara orang. Jauh dari orang dewasa yang boleh memberikan contoh yang baik, kadang kala pelajar luar negara membesar sebagai orang dewasa yang kurang common sense.
Saya sedar perkara tersebut. Cara pergaulan dengan orang ramai, sama ada dengan seseorang yang lebih muda atau tua, mengalami banyak masalah. Tambahan pula jika kita hanya berdepan dengan buku tanpa mengambil tahu keadaan di sekeliling.

Macammana nak develope? Bagi pelajar luar negara, keterikatan dengan persatuan banyak mengajar erti hidup :)
Banyak berurusan dengan orang ramai baik di negara tersebut, ataupun pulang ke Malaysia untuk berurusan tentang sesuatu program, sedar tak sedar banyak membantu membentuk common sense dan soft skill.
Belajar dengan ibu bapa semasa menghabiskan cuti musim panas di Malaysia :)
Yang penting rujuk akhlak dan cara yang Rasulullah tunjukkan. Banyak hadis-hadis yang menunjukkan bahawa rasulullah peka dengan keadaan sekeliling baginda. dan cara Baginda berbeza-beza mengikut orang di sekeliling. Subhanallah :)

3 mEssAge:

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

x abis2 persatuan...

Rujuk as-saff:4. Tentang kewajiban berpersatuan.

Popular Posts