Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



Helaian buku Pediatrics masih tidak berubah. Masih di topik yang sama walaupun hampir setengah jam telah berlalu. Mata merenung-renung helaian tersebut. Hyaline Disease of Newborn. Mata tertumpu di situ. Tetapi fikiran melayang entah ke mana.

"Eh, aku dengar bunyi motor cikgu A lah. habis lah kita, lampu dorm tak tutup lagi. Cepat tutup lampu". Masing-masing yang sibuk menelaah buku sebentar tadi, cepat-cepat bersedia dalam posisi hendak tidur. Tambahan pula bunyi motor warden yang bertugas malam ni makin hampir ke perkarangan asrama. Habislah, satu dorm akan menerima balasan.

Aku tersenyum. Memori-memori ketika di sekolah masih lagi bermain-main di fikiran. seolah-olah baru semalam berlalu. Sudahlah kinah ! Buku ni tak habis baca lagi. ada hati nak berangan.

Alhamdulillah, tamat tahun 4. Cuma berdebar-debar menunggu result. Teringat pesan senior waktu sekolah dulu.
Kalau kita betul-betul tawakal, takkan ada rasa takut dalam hati kita. Sebab kita yakin, kita dah usaha yang sebaiknya, dan apa jua yang Allah berikan adalah yang terbaik buat kita.

Ya Allah, adakah aku benar-benar bertawakal ?

2 mEssAge:

laaa.patutnya continue "memori" tu.hehe

sp cikgu A? :D

hahaa. memori tu tak leh nak disambung. seolah-olah mengantoikan diri sendiri :p

rahsia :D

Popular Posts