Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Kadang-kadang kita merancang perjalanan hidup.
Betul, dalam saya melangkau ke umur puluhan tahun ini, 
satu ketika dahulu saya merancang.

Merancang masa depan, merancang simpang-simpang yang akan kita lalui.
Dan percayalah, kita sendiri sedang merancang masa depan kita bila kita bercakap mengenai sesuatu di masa hadapan.

Tapi percayalah, dan yakinlah
perancangan Allah terhadap kita sudah ada :)
Kadang-kadang kita tak sangka, apa yang ada dalam hidup kita hari ini, jauh berbeza dengan apa yang kita pernah rancang.
Dan Allah perancangan Allah adalah yang terbaik.
Suatu hari, kita akan tersenyum dan berkata 
"Alhamdulillah, atas anugerah Engkau Ya Allah".

Dan pada waktu itu, kita akan rasakan,
ketentuan Allah adalah yang terindah.


3 mEssAge:

semoga berjaya dunia dan akhirat ye kinah..

cheer always :)

Saya nak tanya pengalaman belajar kt universiti alexandria. Dan knp saya baca di twitter ada sesetengah seniors yg bljr di sana tidak menggalakn juniors dkt malaysia beljar medic di mesir? Teruk ke mesir? Teruk ke kalau bljr medic kt mesir terutama di alex?

Belajar medik secara umumnya, mestilah tough sikit berbanding kos lain :)
Pengalaman tu, tak lah teruk, cuma susah sikit lah. nak deal dengan arab semua tu, cuma by time, insyaAllah okey ja.

Popular Posts