Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Assalamualaikum..

Baru selesai berbual panjang dengan mak dan abah di telefon.
Jarak tak pernah menjadi sebab untuk terputusnya hubungan di antara ibu bapa dan anak. Setiap minggu, insyaAllah sentiasa menjadi rutin untuk bertanya khabar di telefon.

Cuma minggu ini sedikit berbeza. Mendengar rungutan abah mengenai masalah kesihatan beliau. Gejala-gejala yang dialaminya di ceritakan dengan detail.
Hati terkesan. Jauh di sudut hati, ingin sekali pulang untuk melihat sendiri keadaan abah, membuat pemeriksaan sendiri, monitor sendiri semua yang abah alami. Cuma, jarak menjadi penghalang. Hanya mampu memberi sedikit nasihat, dan memberi sedikit tips jika mengalami masalah yang sama.

Sedikit sebanyak tekad untuk bekerja jauh dari semenanjung tergugat. Walaupun terdapat adik beradik lain yang berdekatan, cuma semangat untuk berkhidmat dan membalas jasa kedua ibubapa tak pernah pudar.
Ya Allah, permudahkanlah hambamu ini.

Keadaan di sini, masih tenang seperti biasa. Walaupun kadangkala terdapat sedikit tunjuk perasaan kecil-kecilan, langsung tak menganggu perjalanan jadual harian. Kelas, lecture, ward semua nya berjalan seperti biasa, Alhamdulillah..

Sekejap saja sudah sampai di tahun akhir pengajian. Terlalu cepat masa berlalu, sedangkan masih banyak mutiara-mutiara ilmu yang perlu di godek di sini. Semoga dipermudahkan segalanya, insyaAllah.

Mohon doa dari semua :)

Lastly, ada link blog produk-produk Islam yang dikeluarkan oleh orang Islam dan terjamin kandungannya insyaAllah :)

http://susuhalibsistimewa.blogspot.com/

0 mEssAge:

Popular Posts