Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Semalam, lecturer saya di neurosurgery ter extend masa untuk menghabiskan pembelajaran kami. Lebih kurang 15-20 minit.
Kemudian kami bergegas ke convention centre untuk menghadiri lecture General Surgery.
Seperti biasa, kami berlari-lari turun department Neurosurgery tingkat 4, dan ke pintu utama. Pintu di tutup. Ada kerja-kerja pembaikan.
Kami berlari-lari ke pintu kecil yang kelihatan terbuka, sambil sahabat Arab saya mengusik-ngusik saya dan Asma. "Awak kena cepat, jangan jadi macam CDM 25". haha, random sangat guna perkataan tu.
Saya tergelak kecil sambil bertanyakan "how did you know about that". Dia sambil buat muka berlagak, "I know everything about your country".
Haha, kami hanya tersenyum.

Sampai di pintu kecil, ada pakcik tengah baiki sesuatu. Kami nak keluar kat situ, (saya dan Asma mendahului rakan Arab kami).
Pakcik dekat situ tak bagi, sedangkan pintu tu memang terbuka. Dia cakap, pintu ni tak boleh keluar, kitorang tengah buat kerja sambil tinggikan suara. Saya dan Asma memandang sesama sendiri. Pintu dah terbuka kot, dan kerja dia tak tutup pun pintu tu.
Rakan Arab kami tiba, dan bergaduh-gaduh dengan pakcik Arab tu. Akhirnya pakcik tu mengalah.
Inilah Mesir, kena bergaduh, kena bertengkar baru boleh. Kadang-kadang orang Mesir lain boleh ja buat, tapi bila sampai turn budak Malaysia, tak boleh. Asyik kena buli ja T.T

Tak cerita lagi masa nak masuk hospital, datang awal pagi dengan semangat. Alhamdulillah, lambat 2 saat air pakcik basuh tangga jatuh macam hujan lebat dekat depan. Kalau ditakdirkan awal 2 saat, memang basah kuyup lah baju. Dah lah, tak minta maaf, seolah-olah kami yang bersalah sebab datang awal.

Next cerita pasal lift, sebab penat nak panjat tangga bulan puasa department tinggi sangat try lah nak naik lift. Pegi lift ni, pak cik tu suruh pegi lift lain, ni bukan untuk student. Sedangkan budak arab naik slumber ja. Aiseh, memang rasa nak bergaduh tapi diam ja. (Dekat lift, ada pakcik yang kerja dia jaga lift dan tekan butang lift untuk kita).

Pastu pegi lah naik lift lain, bila dah naik nampak pakcik tu tekan tingkat 4, so saya dah tak bagitau lah saya akan stop dekat tingkat 4. Tapi bila ada orang arab turun tingkat 2, butang tingkat 4 dah tak menyala. Terus saya bagitau pakcik tu, saya tingkat 4. Pastu pakcik tu dah membebel-bebel, kenapa tak bagitau awal-awal. Menyusahkan ja budak ni (dalam bahasa arab). Sedangkan tak sampai lagi tingkat 4, apa yang susahnya. Tekan ja lah. Bila dah sampai, pakcik tu tak berhenti lagi membebel, saya bagi salam dekat pakcik tu dan terus keluar lift. Pakcik tu berhenti membebel sebab jawab salam.

I dont know, but here in Egypt, patient is the most important thing to survive.

Orang cakap, kalau pernah duduk Egypt, lepas tu lempar lah ke negara mana pun, mesti boleh survive.

Boleh kot nak try. Haha.

0 mEssAge:

Popular Posts