Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Berjalan melalui lorong-lorong di Mahattah Al-Raml, sedikit sebanyak membuatkan hati aku berat.
Melihat tram yang bergerak lambat, antara pengangkutan tertua di Mesir ini aku kira.
Harga tambang yang lebih kurang 10 sen (malaysia) itu, membuatkan ia tetap menjadi pilihan walaupun itu adalah pengangkutan paling menguji kesabaran.

Melihat kelibat orang muda, kadangkala pakcik tua yang berniaga di sepanjang jalan Saad Zaghlol membuatkan hati kecil ku berbisik, aku pasti akan merindui kekalutan ini.
Cumanya, gerai-gerai kecil di sepanjang jalan yang selalu membuatkan jalan tersebut sesak tambah-tambah di waktu kemuncak tidak sebanyak dahulu. Selepas mendapat pemerintah baru, polis seolah-olah menggila. Habis gerai peniaga-peniaga kecil di rampas.

Bukan senang ingin melintas jalan di mesir. Di sini tiada lintasan zebra, lampu isyarat juga hanya menjadi isyarat. Kereta yang laju, dan tidak putus-putus akan membuatkan kita teragak-agak ingin melintas.

Pejabat pos, bukan main susah nak beratur. Tambah-tambah jika terdapat ramai arab yang ingin menyelesaikan bil.

Tak termasuk lagi, bangsa Melayu yang selalu menjadi target. Tipu harga, pick pocket, kena ejek, kena gelak. Hahaha, masa tahun satu, dua, selalu jugak mengamuk. tapi sekarang ni, buat-buat tak dengar ja.
Semakin tinggi tahap kesabaran mungkin.

Mungkin benar, ada pendapat yang mengatakan kalau duduk mesir, lepas tu hantarlah dekat negara mana pun mesti boleh survive.

Seriously, kesusahan yang aku lalui sepanjang duduk sini menyebabkan aku menghargai setiap kemudahan.
Tambah-tambah bila balik malaysia.

Mesir adalah buat mereka yang tegar :)

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts