Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Saya melihat emak memotong ranting-ranting yang kelihatannya sudah kering dari pokok limau kasturi milik abah yang ditanam semenjak kami berpindah ke kawasan perumahan tersebut.

"Kenapa perlu potong mak?" ujarku pendek.

"Kita kena trim pokok ni sekali-sekala. Buang yang mana yang dah nampak tak elok, supaya nanti banyak tunas yang tumbuh. Lagi banyaklah buah yang dapat. Kalau kita biar yang rosak-rosak ni, nanti kuranglah buah yang berputik", ujar mak panjang lebar.

Saya mengangguk-angguk kecil tanda faham. Betapa alam juga memberikan pengajaran pada manusia. Yang buruk perlu dibuang jika ingin melihat hasil yang baik.

Bagi yang pulang mengundi,
Mungkin kita boleh turut mencantas dahan-dahan yang dah rosak untuk pilihanraya kali ni, agar hasil yang akan berputik lebih banyak?

Senyum tak perlu kata apa-apa :)


.....................................................................................................................................................

Alkisah katak dan tempurung.

Sungguh selesa katak hidup di bawah tempurung. Dia merasakan dunianya paling indah. Hidup serba mewah dengan serangga yang menjadi habuannya. Bila berkeluarga, hiduplah mereka bahagia di bawah tempurung. Memberi amaran pada anak-anaknya, jangan sesekali keluar dari tempurung. Dunia di luar bahaya, makanan tak seenak di bawah tempurung, di luar sana katak-katak menjadi hamba dan mangsa, jangan pernah keluar dari tempurung nanti akan mati kebuluran.

Tapi anak katak ini tidak puas dengan amaran tanpa bukti. Dia mahu berubah, takkan selama-lamanya di bawah tempurung. Walaupun di beri amaran keras, hayatnya takkan lama dan dia akan mati kebuluran, dia tetap bertekad untuk keluar dari dunia tempurung.

Bila dia berjaya membawa diri, dan melihat dunia luar tempurung, barulah dia sedar bahawa mereka selama ini hidup dengan ketakutan yang dibuat-buat. Sedangkan dunia luar tempurung sedang berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Sistem yang tersusun, kebajikan untuk semua, dan tiada golongan yang di tindas. Anak katak kembali menziarahi ahli keluarganya dan mengajak mereka sama-sama berhijrah.

Dia berkata kepada keluarganya, "Ini kalilah, atau lain kalilah ?".



0 mEssAge:

Popular Posts