Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

assalamualaikum..

apa yang anda nampak dari gambar di atas??
mungkin ada yang nampak sekadar lukisan biasa.
mungkin ada yang nampak beberapa wajah.
dan setiap bilangan wajah yang dilihat ada tafsirannya.

unik kan manusia??
yang sama tak semestinya serupa.pelbagai andaian boleh di buat.

macam jugak gambar nih.


macam jugak gambar nih.
kita sebagai penonton, mungkin kata yang baju merah yang salah.
mungkin ada pula yang kata baju biru kot salah.
pemain pulak mungkin tak rasa bersalah.

saya suka analogi nih!

sebuah perlawanan bola sepak.
kita sebagai pemain tak nampak salah kita.
penonton yang menonton, pasti membebel-bebel tentang kecuaian kita.
apatah lagi si pengurus pasukan.
yang sudah lama nampak strategi yang diaturkan pihak lawan.
kita masih tercengang-cengang.

abis perlawanan, mungkin kita akan sedar.
dan mungkin kita tidak sedar.

ataupun kita sebagai penonton.
sibuk memberi komen mengenai orang lain.
rasa kita aja yang betul.
tanpa kita sedar pemain dah berpenat lelah berjuang.
mungkin kesalahan kita lemparkan pada si pengurus pasukan.
strategi yang tak berkesan.
tanpa kita sedar, si pengurus pasukan lebih tahu dari kita.

ataupun kita sebagai pengurus pasukan.
mengintai-ngintai mencari kesalahan lawan.
tanpa kita sedar yang pasukan kita ada banyak lemahnya.
ataupun kita tidak menggunakan kekuatan pasukan kita.

jadi di mana kita??

kalau mengikut emosi, mungkin pada salah satu posisi di atas.
kalau kita dapat bertenang. berfikir secara rasional. memandang dari segala sudut.
mendengar dari semua pihak.
membuat pertimbangan yang rasional.
mungkin kita adalah penonton yang berjaya.
ataupun pengurus pasukan yang bijak mengambil peluang.
mungkin juga pemain yang cekap dan pintar.

kalau mengikut emosi,
kitalah yang akan menjadi penonton yang bergaduh.
membuat tunjuk perasaan. memberontak di akhir perlawanan.
sehingga ada yang tercedera.

saya budak baru belajar.
jadi tidak boleh cepat melatah mendengar sebarang berita.
perlu dengar dari semua pihak.
agar akal yang waras ini mampu memproses dengan rasional.

nasihat saya,
emosi yang tidak stabil,
akan mempengaruhi semua perkara.
jadi, jangan tergesa-gesa dalam semua perkara.
ambil masa, tenangkan fikiran.
fikir dengan teliti.

agar suatu hari nanti,
kita tidak rasa bodoh melihat diri kita yang dahulu.

wallahu'alam~

Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.

(Hadith riwayat Ahmad)




assalamualaikum, salam ramadhan.

dah lama tak menulis berkaitan dengan dunia perubatan. hehe, jadi hari ini nak berkongsi dengan satu benda yang selalu kita dapat.

sakit tekak. tapi ni bukan sakit tekak biasa-biasa. masa minggu pertama puasa aku ditakdirkan terkena apa yang orang kampung sebut tonsilitis. pastu teringat yang benda nih dah pernah belajar. so nak ingat-ingat baliklah.

tonsil ni sebenarnya benda penting dalam badan kita. kebanyakan benda jahat (bacteria, virus dan sebagainya) masuk ikut mulut. ya la, tangan tak basuh, pegang itu, pegang ini, pastu telan. tonsil ni akan hasilkan antibodi untuk lawan. hebatkan?? subhanallah.

mula-mula aku ingat sakit tekak biasa. time tu dah demam. bila jumpa doctor, suhu dalam 38 degree, tinggi jugak tu. normal suhu badan adalah 37.
doctor bagi antibiotic yang diberi nama erythromycin. antibiotic ni selalunya diberi kepada orang yang allergy dengan penicillin. sebab tu kadang-kadang doctor akan tanya, 'awak ada allergic dengan apa-apa ubat tak?'. sebab bahaya kes allergic nih. silap-silap boleh membawa maut. so selalunya nak selamat, doctor akan prescribe ubat yang lebih selamat.

orang selalu tak tau, kenapa perlu habiskan antibiotic nih.
sebenarnya, kalau demam biasanya ataupun selalunya disebabkan oleh bacteria. bacteria akan serang badan kita. kalau dalam bab tonsilitis nih, tonsil ni salah satu organ yang buat antibodi nak lawan benda-benda jahat nih. tonsil kalau nak dia bengkak, kita boleh tengok dari luar, sebaris bawah telinga kita kat bahagian leher. haha. boleh bayang tak??

jadi kena bagi habis antibiotic ni sebab nak lawan bacteria secara habis-habisan untuk menghalang dari benda yang sama berulang. dan nak menghalang bacteria tu jadi kebal dengan badan kita. aah panjang aku merepek.

jadi, habiskanlah ya antibiotik tu.

hari yang ke-4 demam. aku rasa dah ok sikit. tapi sakit tekak menjadi-jadi. bila tengok kat cermin, aku boleh kesan ada bengkak dekat tonsil aku nih. kalau telan air liur pun dah sakit sampai ke telinga. jadi cepat-cepat aku bagitau ayahku, kami ke klinik untuk kali ke-2.

aish, nak dijadikan cerita, doktor yang ke-2 ni kurang sikit etika dia. rasanya macam nak bergaduh ja ngan doctor ni. tapi sabarlah, aku baru med student. tak sampai tahap dia lagi. layan ja lah. suhu kali ni naik lagi 39 degree. uish, bahaya betul.

doctor tu tukar antibiotic lain. sebab mungkin bacteria tu dah kebal dengan antibiotic sebelum nih. punyalah gedabak besar. telan rasa macam nak keluar balik. hahaha. tapi nak tunjuk macho depan kakak aku. telan buat tak tahu ja. sampai dia pun terkejut. aik, telan macam tu ja? haha. nama antibiotic ni adalah amoxicillin.
alhamdulillah, bila dah nak abis antibiotik demam dah ok.

yang bahanya tonsilitis ni, bila biar lama-lama bacteria ni akan bermaharajalela kat situ dan hasilkan nanah. nanti dia akan merebak ke tempat-tempat lain. boleh kacau pernafasan kita. boleh sekat pernafasan tu. bahaya tau. lagi satu, bacteria ni boleh hasilkan nanah.

jadi kawan-kawan (skema btol), kalau rasa sakit tekak tu, demam sampai tak larat badan, sakit tekak pulak sampai ke telinga. rajin-rajinlah jumpa doctor. jangan takut2. doctor tak makan orang. haha. setakat ni saja buat kali ni. puasa-puasa jugak. kesihatan kena jaga. jumpa lagi.

wallhu'alam~

p/s: kalau ada medical facts yang silap mohon dibetulkan. saya budak baru belajar =P

cuba baca tajuk di atas. haha.
bermulalah satu cerita. abahku pulang dari surau. "esok malam ada birobbikum dekat surau. jom sapa nak join". aku lurus bendul terus menafsirkan maksudnya "dengan tuhan kamu??, ceramah ka?".. gelak abahku. itu sebenarnya bahasa jawi. kalau baca ikut arab jadi camtu la. berbekam sebenarnya.
teringin nak buat, tapi kalau dekat surau mestilah untuk kaum adam sahaja. dan kebetulan rezeki aku, abah terus telefon kawannya, tanya boleh tak datang rumah. buat dekat rumah untuk anak-anaknya yang hawa nih. hehe.

berbekam ni ada dua jenis. tengok gambar kat bawah ni.



boleh la pilih nak buat yang mana. lintah tak rasa apa2. tapi banyak juga darah yang dia siap. klau yang cup tu sakit sikit la. tapi sikit ja. tapi lepas buat rasa ringan ja badan.

nak tau khasiatnya??? boleh tengok di sini, dan sini.

sekian.. selamat bertadarus~





aku bahagia.
walaupun aku tidak ada apa yang selalunya orang ada.
walaupun aku sunyi dikala orang lain sibuk dengan hal mereka.
walaupun aku belum pernah merasa apa yang selalunya orang rasa.
aku bahagia begini.

usahlah terlalu berharap pada janji manusia.
serahkan segala-gala pada manusia.
sedangkan hati manusia berbolak-balik.
ada naik dan turunnya.
eloklah serahkan pada Yang Maha Satu.
yang janji-Nya pasti tiba.

aku bahagia di sini.
aku bahagia begini.
aku gembira kerana Engkau ada.

p/s ; selamat datang RAMADHANku. moga menjadi titik tolak pada diriku dalam menjadi hambaNya yang bahagia dalam menunaikan ketaatan~


assalamualaikum..

menghitung hari.
terus menghitung.
cuba mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. cuba belajar menjadi suri rumah sepenuh masa.

tahu?? bukan senang. siang malam memasak. kemas barang. basuh baju. walaupun hanya untuk diri sendiri, dan beberapa orang teman. serius, suri rumah bukan kerja yang senang.

cuba membayangkan tugas emakku di tanah air. bayangkan belum cukup. cubalah sendiri.
walaupun hanya memasak didapur mampu membuatkan tulang-temulang ini menjerit-jerit mahu minta dikurangkan beban. baru sehari dua. tak dapat bayangkan yang 10tahun, 20tahun, 30tahun bergelar suri rumah.

haaaa, ini semua hanya pengalaman belajar memasak. hehee. mencuba resepi baru, agar dapat berlagak dengan kakakku bila balik nanti (tak ikhlas kan?).

huh, bukan apa. ramai yang dah nak kawin. senior-senior kesayangan yang selama ini jadi tempat bermanja. abis la. kena cari orang baru. hehe~

dan sudah pasti menjadi suri rumah ketika belajar ataupun bekerja perlu lebih kuat. moga akak-akakku kuat. insyaAllah.

dan pesanan yang amat penting dari seorang akak;

' Allah sangat sweet kan. Allah tak bagi engkau apa yang kau nak.
Tapi Allah bagi apa yang sebenarnya engkau perlukan'

aku percaya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku ini. moga aku tak membiarkan walaupun sedetik pun nasibku ditentukan oleh diriku. moga apa yang aku lakukan berdasarkan petunjuk MU, insyaALLAH.

dan aku akan pulang dengan satu senyuman buat keluarga yang tercinta =)

ahlan ya Ramadhan, kedatangan mu amat dinanti~

video yang ingin dikongsi bersama-sama~

banner 516×75

Popular Posts