Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.

terdetik untuk buat entry terbaru. sebab dah lama terasa tengok satu entry yang semua orang rajin kongsi-kongsi dekat facebook. tajuknya adalah "Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??". Bukan jelous atau sebagainya. memang ada benarnya, tapi kita perlu tengok dengan lebih teliti. kesian calon-calon isteri yang kerjaya lain.

ketahuilah, tiada siapa yang sempurna dalam menjadi isteri. cukuplah sekadar kita mampu menerima dirinya sepenuh hati, dengan menerima kelemahannya dan memperbetul kesalahannya.
itu adalah yang terbaik.

pertama-tamanya ingin saya kongsi satu hadis yang pada saya, ramai sudah pernah mendengarnya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


dan perkara inilah yang saya ingin tekankan. tidak kisahlah apa pun kerjayanya, keimanan dan ketakwaan yang mengikat diri seorang wanita itu sebenarnya adalah yang terbaik.

wanita yang bertakwa itu, merasakan amanah yang dipikul sebagai seorang isteri adalah amat besar. sudah semestinya, wanita itu pandai untuk membahagikan masanya untuk menjaga maruah nya bilamana dia menyedari bahawa isteri itu bukan sekadar gelaran.
di sebalik isteri itu tertanggung satu amanah yang amat besar, dan kelak dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

antara alasan yang ditulis di situ ;

1. Hidup berjadual + 5. Banyak cuti dan kerja cuma separuh hari

Dua isi ini yang saya kira, pemenang utama semestinya suri rumah sepenuh masa. 24 jam yang dihabiskan dirumah, tiada sebarang kerjaya yang mampu menandingi.
tapi, ingin saya tekankan di sini, kuantiti yang besar bukanlah bermakna masa itu berkualiti.
bukan saya ingin menidakkan kepentingan masa yang banyak diluangkan di rumah mampu menjamin kebahagian, namun kita boleh lihat realiti hari ini, ramai jugak remaja-remaja yang terlibat dengan pelbagai bentuk masalah, ibunya ada suri rumah sepenuh masanya.

dan tidak saya nafikan, ibu yang sibuk juga salah satu sebab anak-anak terabai dan punca kepada keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
cuma, seperti yang saya tekankan di atas, masa yang berkualiti walaupun tidak banyak, sudah cukup sebenarnya. dan ilmu yang ada pada ibu bapa dalam soal mendidik anak-anak jugak merupakan salah satu daripada faktor yang perlu kita lihat.

dan saya kagum dengan seorang sahabat saya yang kedua ibu bapanya adalah doktor, dan dia mempunyai adik beradik yang ramai, namun mereka semua berjaya dengan akhlak yang begitu baik. bilamana ditanya, dia menjawab yang mereka telah di didik untuk memahami kerjaya ibu bapa mereka sejak dari kecil.


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen

pada saya, semua pekerjaan memerlukannya. doktor yang hari-hari berdepan dengan nyawa pesakit, apatah lagi. jurutera yang berdepan dengan bangunan, alatan elektrik atau sebagainya yang akan digunakan setiap hari oleh orang awam, perlu betul-betul memastikannya selamat.
seorang tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara. suri rumah, yang perlu mengatur pakai, minum setiap ahli keluarganya. semuanya perlu ada bukan??

yang pasti, takwa juga penyumbang utama kepada dedikasi, komited dan penuh komitmen.
seorang isteri yang mampu menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang hamba, menjaga ibadatnya, menjaga maruahnya, sudah pasti mampu menjalankan tanggungjawab terhadap manusia yang lain. bukankah begitu??

3. tidak boleh menipu dan berpeleseran

sudah tidak perlu dihuraikan. wanita yang bertakwa sudah pasti tidak ada perkataan di atas dalam kamus hidupnya, insyaAllah.

4. terapi melepaskan tekanan

dalam point yang diberi,

(Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?)


dan masih menggunakan isi yang sama, orang yang beriman pasti ada cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

Firman ALLAH SWT : “Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu, hati akan menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra'du : 28)

5. Penampilan

tidak perlulah saya berbicara panjang. cukuplah pakaian yang menutup aurat menjadi penyebab sejuk pada mata yang memandang. tidak perlulah fesyen terkini atau sebarang MAKE UP yang diperlukan sebagai penambah. cukuplah wudhu' yang menjadi rutin seharian menjadi penghias wajah, dan kecantikan yang sebenar menjadi tatapan buat yang halal untuk dirinya.


SAYA bukanlah yang terbaik untuk berkata-kata. dan saya bukan lah sempurna dalam setiap perilaku. namun, ilmu yang sedikit ini, saya kongsi-kongsi kan, untuk menguatkan diri ke arah perubahan yang lebih baik.

dan sekali lagi ingin saya tekankan, yang terbaik untuk menjadi pilihan hidup bukan bergantung pada pekerjaan, bukan pada paras rupa, bukan pada harta benda. keimanan dan ketakwaan pada Allah, adalah penyebab kebahagian di dunia dan akhirat.


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)

“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]


mohon betulkan jika ada kesilapan. wallahu'alam.






assalamualaikum..

bercerita tentang doa,

suatu ketika dulu, disaat abah saya sakit, saya berdoa agar abah dipanjangkan umur. dalam doa yang beserta esakan, saya memohon dengan setulus hati agar abah dipanjangkan umur. agar saya sempat membalas jasa abah. kerana saya tahu, peratusan untuk selamat hanya 20%. saya berdoa agar saya dapat segera balik ke Malaysia untuk melawat abah yang sakit.

tapi, bila abah dah sihat, perasaan untuk pulang ke Malaysia sudah beransur-ansur hilang. iyalah cuti musim sejuk yang hanya seminggu. amatlah tidak berbaloi kan. cuma jauh disudut hati, masih berdoa pada Allah, tunjukkan yang terbaik, sama ada hendak menghabiskan cuti musim sejuk di Mesir atau Malaysia.

bila revolusi berlaku di Mesir, dengan izin Allah walaupun perjalanan yang agak panjang namun akhirnya saya tercampak pulang ke Malaysia. tanpa saya sendiri sedari. dah sampai Malaysia rupanya !! tiba-tiba saya termenung panjang. baru saya sedar, yang saya pernah meminta dari Allah. ya, waktu itu. dengan setulus hati. Allah !

dan abah juga bercerita, abah rasa macam dah pendek umur dah. satu keluarga menangisi kesakitan abah. abah pun dah rasa macam tak leh nak hidup lama dah. dan, dengan izin Allah, abah masih dipanjangkan umur. dan kini sihat sejahtera, boleh berjogging setiap pagi. semua ini adalah ketentuan Allah !

Subhanallah, perancangan Allah siapa tahu??

jika suatu ketika dahulu, soal dihantar pulang ke Malaysia hanya menjadi gurauan.
suatu perkara yang semua orang rasa mustahil.

tapi, lihat sekarang. Allah Maha Besar !

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah.
perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.


Assalamualaikum.


Saya dah selamat sampai ke Malaysia menaiki Singapore Airline jam 5.15 petang, Alhamdulillah.
Bertolak dari Jeddah jam 8.45 malam waktu tempatan.
dan bertolak ke Jeddah menaiki pesawat pejuang TUDM. pengalaman yang amat berharga dan tak dapat dilupakan.

Alhamdulillah, keadaan di Jeddah amat baik. makanan yang disediakan begitu sedap sekali. sesuai dengan cita rasa anak Melayu. Cuma faham-fahamlah kan, hampir 10000 ribu student di sana. adalah sedikit ketidak selesaan dari segi tempat penginapan. blok bangunan yang sempat saya berehat sebentar sebelum kembali ke lapangan terbang Jeddah, mengalami sedikit masalah air.
Namun saya percaya dan yakin pegawai-pegawai yang berada di sana telah berusaha sebaik mungkin.

Saya amat memuji sikap pegawai-pegawai yang bertugas di sana. amat mesra melayan pelajar-pelajar dan mudah untuk dihubungi disebalik kekalutan yang melanda. moga Allah membalas jasa baik kalian.

Terima kasih pada walid, (ustaz Ishak) yang merangkap pegawai MARA Timur Tengah, yang tanpa lelah menguruskan kerja-kerja evakuasi ini. walid amat baik dan bertimbang rasa. sampai tidur dalam kereta ja sebab nak sambut student dari Mansurah. syukran walid.

Terima kasih pada adhoc-adhoc evakuasi ini, terutama sekali yang bertugas di alex, yang juga merupakan sahabat-sahabat saya, yang banyak berkorban demi untuk melicinkan perjalanan evakuasi ini. mereka adalah orang yang terawal bekerja dan orang yang terakhir meninggalkan alex dan mereka ini masih pelajar. huhu. terima kasih sangat-sangat.

Buat ibu-bapa, insyaAllah keadaan di Jeddah amat-amat baik jika nak dibandingkan dengan kekalutan yang berlaku. makanan lebih dari cukup dan amat sedap. cuma sedikit gangguan air sahaja kadang-kala.
tapi insyaAllah semua ok. tapi ada jugak lah yang kena berhimpit-himpit sikit, pastu ada yang terpaksa duduk dalam tempat macam garaj. tapi tak tau lah tempat apa sebenarnya.

Bagi sahabat-sahabat yang belum tiba di Malaysia, saya doakan yang terbaik buat kalian. moga baik-baik di sana. InsyaAllah, kalian juga akan selamat tiba.

Alhamdulillah, terima kasih pada mak dan abah saya =)
Teruskan doa kalian pada rakyat Mesir.
Agar mereka terus kuat untuk meneruskan intifadah ini, insyaAllah.



Assalamualaikum.

Kagum melihat semangat rakyat MESIR.
amat kagum.
walaupun bekalan makanan terpaksa dicatu,
walaupun harga barang naik,
walaupun mata wang mesir dah jatuh,
tapi semangat mereka tak pernah luntur.

Takut,
bila dengar bunyi machine gun. depan rumah ja.
yang duduk dalam rumah ni pun dah takut bagai nak rak.
tambah-tambah lah mereka yang terpaksa berdepan.
melihat ahli keluarga ditembak.
melihat rakyat dilanggar kereta kebal.

Ya ALLAH,
kuatkanlah mereka.
kuatkanlah mereka.
kuatkanlah mereka.


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih panjangkan umur dan murahkan rezeki.

hmm. sebenarnya tak tahu camna nak mula menulis. hampir seminggu internet tiada. berkurung dalam rumah. dengar bunyi macam-macam kat luar. dan hakikatnya, saya sendiri tak tahu apa yang dah berlaku di luar. tak tahu apa yang sedang diperjuangkan oleh rakyat Mesir. hanya tahu yang mereka sedang mendesak husnil mubarak turun.

bila mak dan abah telefon, seriously saya tak boleh cakap banyak. sebab walaupun kena duduk ja dalam rumah, menghadapi hidup macam biasa, tetapi masih ada resah dan gelisah di hati. mendengar hampir kesemua rakyat negara lain sudah di bawa pulang. dan kami disini sentiasa menanti update daripada kerajaan Malaysia.

seriously, sedikit terkilan dengan tindakan yang lambat. negara lain sudah awal2 lagi membawa pulang warganegara mereka. tapi apa pun Alhamdulillah, ada juga tindakan setelah di desak oleh rakyat Malaysia yang lain. memang, student malaysia selamat. duduk dalam rumah saja. tapi faham tak, tekanan yang kami hadapi. dengan bekalan makanan yang terpaksa dicatu, takut-takut bantuan lambat sampai. tapi apapun tahniah, kerana bantuan dah bermula.

menitis air mata, baca status yang ditulis oleh adik saya. mak menangis. saya tak pernah berniat nak risaukan mak ngan abah. tapi kadang-kadang tersebak jugaklah kalau cakap telefon tu. involuntary actionlah katakan. hehe.

mungkin ada yang kata, kenapa ada yang mampu beli tiket sendiri?? yang dah sampai Malaysia.

kalau ikutkan yang ada bersama saya dalam rumah ini sekarang, hampir kesemua ibu bapa mampu nak beli tiket sendiri. nak bawak pulang anak-anak mereka. saya yakin.

tapi, kalau fikirkan rakan-rakan yang tak mampu, kami tak sampai hati.
pergi dahulu, dan tinggalkan rakan-rakan yang lain.
dan kami juga tak sampai hati, mengenangkan walid kami, Ustaz Ishak selaku pegawai Mesir yang tak pernah tidur lena pada saya, yang risaukan keselamatan anak-anak beliau yang tinggal di luar. tak nak menyerabutkan kepala walid, dan nak melicinkan kerja menyelamat.

bukan bermaksud yang balik dulu tu selfish. maaf, bukan itu maksud saya. tahap kesabaran setiap orang berbeza. dan bayangkan sapa yang mampu bersabar, dalam keadaan malam yang sunyi sepi, sekali sekala terdengar bunyi tembakan, pergaduhan dan kadang-kadang letupan. tambah-tambah kami pelajar perempuan. siapa yang mampu???

yang boleh terus bersabar, bersabarlah. dan yang sudah tidak mampu, ada yang mendapatkan tiket sendiri untuk pulang. itupun hampir 1001 kemungkinan boleh terjadi.

sama ada terkandas di lapangan terbang. flight di batalkan. tapi, atas faktor persekitaran yang amat menekan, ada pelajar yang sanggup mengambil risiko.

setakat ini sahaja rasanya.

janganlah risau. insyaAllah selamat semua. mohon doa dari kalian.
dan mohon, jangan membesar-besarkan cerita mengenai bantuan yang akan dihulurkan.
jangan hanya indah khabar dari rupa. patah hati tau kalau baca berita, tapi apa yang kami dapat disini tak seperti yang dikhabarkan.

heh, emo pulak disitu.

tapi, keadaan kami tak lah se critical masyarakat Mesir.
mereka berjuang untuk tanah air mereka.
jika kami disini berada dalam ketakutan, mereka 1000 kali lebih takut.
jika kami disini risau mengenai kehabisan stock makanan, merekah mungkin sudah habis.
doakan rakyat Mesir kalian.
doakan mereka memperoleh hak mereka kembali.
doakan yang terbaik buat mereka.
perjuangan mereka baru bermula.
doakan, doakan, doakan.

okey, mungkin line internet akan dipotong semula. bersiaplah ye.
jumpa lagi, insyaAllah.

Assalamualaikum..

banner 516×75

Popular Posts